• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Review Simple Kind to Skin Hydrating Light Moisturizer

22/4/2021

0 Comments

 
Simple Hydrating Light Moisturizer
Saya mencari moisturizer travel size then ternampak Simple Hydrating Light Moisturiser ni. Dia takde la betul-betul kecil sebab 50ml tu quantity full size kebanyakan moisturizer tapi sebab packaging dia comel saya beli je dengan membaca ingredients list sekali lalu. Saya fikir, kalau label sesuai dengan sensitive skin mesti sesuai je dengan combination oily skin saya.

Packet ni comel dan practical, nak guna dia sama je macam dispense moisturizer dalam tube. Saya suka sebab dia rectangular and flat, boleh fit dalam sling bag kecil. Lagi satu plastic dia tak keras macam tube jadi boleh squeeze sampai titisan terakhir dengan senang.
​
Consistency moisturizer ni gel-cream, tapi lebih kepada cream yang senang diratakan and menyerap ke dalam kulit. Kandungannya tiada harsh chemicals, tiada alcohol dan tiada fragrance. Namun begitu dia ada medicated scent sikit, macam bau hospital.
Simple Hydrating Light Moisturizer Texture
Nak apply moisturizer ni pun senang, dia agak ringan dan licin untuk diratakan pada kulit. Sapu dengan perlahan dan tekap sikit-sikit dia dah menyerap. Finishing dia ada sheer dan rasa basah sikit, tak completely matte. Kulit saya rasa cukup lembap bila pakai dan tak cepat berminyak. Saya suka sebab tak rasa berat walaupun sebelum tu dah apply banyak lapisan toner dan serum.
Review Simple Kind To Skin Hydrating Light Moisturizer
Tapi selepas dua kali penggunaan muka saya mula timbul jerawat. Kebanyakannya jerawat halus, dan ada beberapa jerawat cysts tanpa mata. Macam-macam test saya buat, siap pakai half and half lagi untuk simpulkan bahawa moisturizer ni tak sesuai dengan kulit saya.​
Simple KTS Ingredients List
Rujuk senarai penuh bahan-bahan dalam Simple Kind To Skin Hydrating Light Moisturiser beserta penerangannya disini.

​Saya baca ingredients list dengan lebih terperinci dan 3rd ingredient ialah Paraffinum Liquidum - sejenis mineral oil yang berkemungkinan besar menjadi punca kulit saya breakout.  Tetapi saya takkan tahu sebetulnya if this is the only cause sebab ada je produk lain yang mengandungi mineral oil tapi saya pakai kulit tak breakout. Sebabnya ia bergantung kepada formulasi keseluruhan produk, bukan sekadar spot satu dua icky ingredient sahaja dan terus  buat panic/fear mongering. Bahkan comedogenic ingredients tak semestinya menghasilkan final product yang menyumbat pori.
Fahami tentang comedogenic rating pada bahan-bahan dalam produk penjagaan kulit.

​​Akhirnya saya hanya mampu pasrah bahawa despite the moisturizing, lightweight, and fresh looking skin this moisturizer gave me, ianya tak sesuai dengan saya. Saya masih ada parut merah disebabkan jerawat yang timbul kecil-kecil rasa geram je saya picit Nasib baik boleh kawal diri dari picit semua sebab banyak yang kecut bila buat toner patch. Oh ya, jerawat cystic tu bengkak sampai dagu saya senget sebelah. Saya berjaya surutkan guna BHA patch sekali sehari.

Is this a good moisturizer? Dari segi feel, texture, and price point YES. Saya rasa rajin je nak reapply sebab ia cukup melembapkan dalam masa yang sama lightweight serta tidak melekit. Harga pun sangat murah, around RM 9 for 50ml.

Tetapi sedih sebab formulasinya tidak sesuai dengan kulit saya. You know perasaan nak kena let go something yang kita suka? :(

[UPDATE]: Jarang-jarang sekali saya masih pakai moisturizer ni. Kalau pakai sekali kemudian selang beberapa hari baru pakai lagi, kulit saya tak breakout macam sebelum ni.

That's all, thanks for reading! :)
​
​--
Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan.


Artikel menarik lain yang mungkin dapat membantu:
  • Tips penjagaan kulit jenis kombinasi.
  • 10 moisturizer yang sesuai untuk kulit jenis berminyak.
  • Panduan lengkap untuk exfoliate kulit dengan cara pro.
  • Tahukah anda tentang perbezaan antara toner dan face mist?
  • Rutin asas penjagaan kulit yang mudah, sesiapa pun boleh buat.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me