• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

STATUS KANDUNGAN PITERA DALAM PRODUK SK-II

9/4/2021

0 Comments

 
Status PITERA dalam SK-II halal atau tidak?
​Rangkaian produk penjagaan kulit SK-II terkenal dengan signature miracle ingredient mereka iaitu PITERA™️ yang mampu mencerahkan kulit serta mengurangkan beberapa tanda penuaan.

PITERA™️ atau juga dikenali sebagai Galactomyces Ferment Filtrate terhasil daripada proses penapaian. Ianya kaya dengan micro-nutrients seperti vitamin, mineral serta asid amino yang membantu  proses pembaharuan semulajadi kulit.

Ada yang keliru dan bertanya tentang status Galactomyces Ferment Filtrate. Isunya adalah jika kandungan PITERA™️ dalam produk SK-II merupakan hasil daripada proses penapaian untuk membuat Sake (arak beras) maka ianya perlu dielakkan oleh pengguna beragama Islam. 

SK-II Facial Treatment Essence contohnya mengandungi Galactomyces Ferment Filtrate, Butylene Glycol, Pentylene Glycol, Water, Sodium Benzoate, Methylparaben, Sorbic Acid. Sekilas pandang tidak nampak apa-apa yang meragukan.

Mungkin sejarah tentang asal usul penciptaan produk SK-II yang terinspirasi dari tempat pembuatan Sake menjadi pencetus soalan tentang status Galactomyces Ferment Filtrate atau PITERA™️ ini.

Saya mengambil inisiatif dengan bertanya sendiri kepada pihak SK-II Malaysia untuk penjelasan mereka. Berikut adalah perbualan kami:
Status PITERA dalam SK-II halal atau tidak?
Status PITERA dalam SK-II halal atau tidak?
Status PITERA dalam SK-II halal atau tidak?
Menurut wakil SK-II (Nur) yang menjawab pertanyaan saya, PITERA™️ dalam produk SK-II bukan terhasil dari proses penapaian untuk membuat Sake. Nur juga telah mengesahkan bahawa tiada kandungan Sake atau hasil dari Sake dalam produk SK-II. Haaa dah jelas ke kekeliruan anda? 

Bagi produk yang ditulis dengan jelas seperti rangkaian Hada Labo Kouji, ianya sah ada kandungan Sake atau hasil pembuatan Sake. Hukumnya najis dan haram mengambil manfaat daripadanya menurut penjelasan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Hada Labo Kouji halal atau tidak?
​Sememangnya arak terhasil dari proses penapaian tetapi tidak semua proses penapaian itu untuk membuat arak. Penukaran gula kepada alkohol dan karbon dioksida oleh yis bagi menaikkan adunan sewaktu membuat roti juga adalah proses penapaian️.

Berdasarkan penerangan dari sumber SK-II sendiri, jelas tiada Sake atau hasil dari Sake dalam produk mereka, walaupun asalnya terinspirasi dari tempat pembuatan arak.

Sekian, thanks for reading! :)


Baca lagi artikel menarik:
  • Tips melabur pada skincare dengan bijak.
  • Cara untuk mengecilkan pori - bukan lagi rahsia.
  • Apa itu comedogenic rating pada bahan dalam skincare?
  • Sejarah asal usul penciptaan cleansing oil yang kita pakai sekarang.
  • Rutin ringkas penjagaan kulit waktu malam - hanya guna 1 produk sahaja.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me