• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Review The Raw Daily Ceramide Moisturizer

14/4/2021

0 Comments

 
Review The Raw Daily Ceramide Moisturizer
First of all saya tertarik dengan packaging The Raw. Daily Ceramide Moisturiser ni, ala-ala Glossier Priming Moisturizer. Masa tu produk ni tengah sale kat Zalora jadi RM 31.86, normal price RM 56.90 jadi saya beli je untuk cuba. Jom tengok ingredients list dia:
--
Aqua, Glycerin, Caprylic/Capric Triglyceride, Propylene Glycol, Squalane, Simmondsia Chinensis Seed Oil, Hydrogenated Phosphatidylcholine, Butyrospermum Parkii Butter, Cholesterol, Ceramide NP, Trehalose, Sodium PCA, Urea, Glyceryl Caprylate, Polyquaternium-51, Hyaluronic Acid, Triacetin, Xanthan Gum, Carbomer, Triethanolamine, Phenoxyethanol & Ethylhexylglycerin. 
​--

Menurut skincarisma.com, ​ada 3 ingredients yang baik untuk dry skin dan 1 ingredient yang tidak baik untuk oily skin. Tapi kena ingat bahawa formulasi keseluruhan produk adalah lebih penting dari sekadar membaca ingredients list. Selain dari itu, moisturizer ni adalah free from alcohol and fragrance.
Review The Raw Daily Ceramide Moisturizer
​Star ingredients dalam moisturizer ini adalah Ceramide NP, yang mana dalam kulit kita ianya berada pada lapisan paling atas. Ceramide adalah lipid yang membentuk 50% daripada komposisi kulit yang berfungsi untuk mencegah dan membaiki kerosakan pada skin barrier. Skin barrier yang sihat = kulit yang lembap, lembut, dan anjal. Siapa taknak kan?
Tekstur The Raw Daily Ceramide Moisturizer
Tekstur moisturizer ni gel-cream yang sangat senang untuk diratakan. Ia mengambil masa sedikit untuk menyerap and finishing agak lembap, sesuai untuk kulit kering. Tekstur dan finishing begini sesuai kalau nak layer dengan sunscreen atau foundation yang mattifying dan mengeringkan kulit. Dia ada sedikit medicated scent, macam bau hospital tapi tak lama lepas tu hilang.

Walaupun finishing yang agak lembap pada permukaan kulit saya masih selesa pakai moisturizer ni, tiada rasa rimas atau berpeluh cuma kulit nampak agak berkilat. Kalau waktu siang masih okay sebab saya pakai matte sunscreen. Bila dah lama pakai memang boleh nampak kulit saya makin baik, improved skin barrier, serta lebih lembap secara keseluruhan. 
Review The Raw Daily Ceramide Moisturizer
Packaging The Raw Daily Ceramide Moisturizer adalah berbentuk tube dengan flip cap supaya produk mudah dikeluarkan serta senang dibawa kemana-mana tanpa risiko tertumpah. Satu tube ni saya pakai beberapa kali sehari boleh tahan sehingga 2 bulan lebih kurang. PAO dia 6M. 

Repurchase? Maybe not. Bukan sebab dia tak bagus tapi tekstur dan finishing dia lebih sesuai untuk kulit kering. Kulit saya lebih kepada berminyak. Tapi saya recommend ni kepada anyone yang dry skin.

That's all from me, thank you for reading! :)

--
Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan.

Baca artikel menarik:
  • Resipi ini khas untuk penggemar kerang.
  • Bolehkah pakai AHA-BHA pada waktu siang?
  • Tips penjagaan kulit jenis kombinasi berminyak.
  • Review The Raw Niacinamide 5% Oil and Blemish Control Serum.
  • Sebenarnya bukan 10 tetapi hanya 3 saja langkah penjagaan kulit.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me