• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Review Mamonde Red Energy Recovery Serum

18/4/2021

0 Comments

 
Review Mamonde Red Energy Recovery Serum
Serum anti-aging ini kaya dengan antioxidant dari buah delima yang befungsi untuk memulihkan (recover) dan menghidupkan (revitalize) kulit akibat dari iritasi dan stress luaran, menguatkan pertahanan lembapan kulit serta menyerlahkan keanjalan dan keserian wajah. Mengandungi Blossoming Energy™️, ramuan rahsia Mamonde hasil dari kajian selama 28 tahun bagi memastikan kulit dapat mengekalkan kelembapan dengan lebih baik. 

Review Mamonde Red Energy Recovery Serum
Ia didatangkan dalam botol kaca jenis pump, senang untuk tekan keluar serum. Saya lebih prefer packaging jenis pump daripada droplet. Tekstur serum ni saya rasa just nice, tidak pekat atau cair sangat. Senang diratakan dan di tekap pada kulit. Formulanya cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan melekit selepas itu. Disebabkan serum ini tak buat kulit rasa berat, saya selesa untuk guna serum ini bersama toner dan essence dalam satu rutin. Warnanya sedikit milky white dan ada very light floral scent. Tapi bila serum dah fully set, bau tersebut hilang.
Review Mamonde Red Energy Recovery Serum
Pecahan dan fungsi bahan-bahan dalam Mamonde Red Energy Recovery Serum yang lebih terperinci ada di INCIDECODER

​Dari pengalaman saya, serum ini amat membantu untuk melindungi lembapan pada kulit tanpa rasa berat, sebab itu saya suka apply serum pada rutin pagi, mid-day, dan malam. Kulit dikawasan mata adalah lebih sensitif, tapi walaupun mengandungi alcohol dan fragrance, serum ni tidak merengsakan kulit, malah ia membantu melembapkan kawasan mata saya.

Kandungan utama serum ini iaitu Dimethicone bertindak sebagai emollient dan juga occlusive yang berupaya memerangkap lembapan dan memenuhi ruangan pada kedutan. Ia menampakkan kesan anti-aging seperti memudarkan parut, mengurangkan garis halus, serta meningkatkan keanjalan kulit. Semua ini menyumbang kepada kulit kelihatan berseri secara keseluruhan.

​Saya cuba bandingkan dengan serum anti-aging lain yang pernah saya cuba. It is hard to rank sebab all of them are definitely good, just some are slightly better than the others:
Best Anti-Aging Serum 2021
Harga:
1. Nutox Advanced Serum Concentrate 30 ml - RM 67.00
2. Mamonde Red Energy Recovery Serum 30 ml - RM 130.00
3. Lancome Advanced Genefique Microbiome Serum 30 ml - RM 295.00

Texture and feel:
1. Mamonde Red Energy Recovery Serum - tidak terlalu pekat atau cair, menyerap lebik baik berbanding dua yang lain, dan tiada rasa melekit pada permukaan kulit selepas serum meresap sepenuhnya.

2. Nutox Advanced Serum Concentrate - consistency yang lebih kurang sama dengan Mamonde tetapi tekstur Nutox lebih kepada gel. Senang meresap pada kulit dan ada sedikit rasa melekit selepas itu, tetapi dapat diterima.

3. Lancome Advanced Genefique Microbiome Serum - consistency yang paling pekat antara ketiga-tiga serum. Selepas diratakan, saya panaskan tapak tangan dan tekap perlahan keseluruh muka untuk pastikan serum menyerap sepenuhnya. Ia paling kuat rasa melekit tetapi boleh ditutup dengan memakai moisturizer atau sunscreen yang mattifying.

Kesan pada kulit selepas beberapa minggu:
1. Lancome Advanced Genefique Microbiome Serum - walaupun mengambil masa sikit untuk nampak improvement pada kulit, tetapi Lancome memberikan hasil terbaik yang dapat dilihat. Kalau ada $$$ lebih, saya mungkin akan beli lagi.

2. Mamonde Red Energy Recovery Serum - dalam masa beberapa hari sahaja dapat rasa kulit lebih bertenaga, nampak lembap, plump (gebu), dan radiant (berseri). Meningkatkan keanjalan kulit seara berterusan sepanjang penggunaan serum.

3. Nutox Advanced Serum Concentrate - actually yang ni sebenarnya seri dengan Mamonde Red Serum. Nutox boleh nampak skin improvement seawal beberapa hari tapi sebab dia rasa sedikit melekit lepas serum dah meresap, saya letak dia nombor 3.
​
Review Mamonde Red Energy Recovery Serum
​Secara keseluruhan, saya suka Mamonde Red Energy Recovery Serum dari segi feel, texture, dan bagaimana ia membaiki kulit saya. Recommended untuk mature skin yang kekurangan elasticity dan mempunyai garis halus. Botol dia nampak dan rasa so luxurious, cuma dia agak opaque so tak nampak sangat isi kat dalam. Susah nak tahu berapa banyak dah guna and bila nak habis. Kalau nak repurchase pula saya ikut bajet dan beli mana-mana antara 3 diatas. 

That's all, thanks for reading!

​--
Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan.

Baca artikel menarik:
  • Minimal night routine, cuma guna 1 produk sudah cukup.
  • Kenapa perlu ada alkohol dalam produk penjagaan kulit?
  • Laneige Cream Skin Refiner - holy grail untuk skincare enthusiast.
  • Sejarah penggunaan cleansing oil dan bagaimana ia dikomersialkan.
  • Guna ini untuk rumah dan kereta harum semerbak seperti Lovely Lace.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me