• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Kepentingan Ceramide Untuk Kulit Yang Sihat

19/4/2021

0 Comments

 
Skin barrier sihat vs skin barrier rosak
​Ceramide merupakan salah satu kandungan lapisan kulit yang berfungsi memelihara skin barrier supaya sentiasa sihat dan lembap. Namun lama kelamaan kandungan ceramide semulajadi pada kulit makin berkurangan disebabkan faktor usia dan kerosakan akibat sinar UV. Kekurangan ceramide boleh melemahkan skin barrier, seterusnya mencetuskan masalah kulit seperti kekeringan, kemerahan, serta tanda penuaan. 

Cara untuk menjaga dan menguatkan skin barrier adalah dengan menggantikan ceramide semulajadi yang semakin berkurangan. Pemakaian produk yang mengandungi Ceramide bersama skin replenishing ingredients yang lain seperti cholesterol, fatty acids, dan glycerin dapat membantu memelihara skin barrier dengan baik. Kulit yang sihat dan lembap akan kelihatan lebih licin, anjal, serta garis kedutan menjadi semakin pudar.
Ceramide dalam kulit yang sihat vs kulit yang rosak
​
​Tekstur moisturizer yang mengandungi ceramide biasanya sangat emollient/pekat/waxlike, jadi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak mungkin tak gemar sangat sebab ia buatkan kulit rasa berat dan ada kala jadi lebih berminyak. 

Lihat perbandingan kandungan minyak antara 3 jenis ceramide moisturizer yang popular.

​Sebenarnya ceramide bukan terkandung dalam moisturizer sahaja. Ada juga produk penjagaan kulit lain yang turut mengandungi ceramide sebagai bahan utama untuk menguatkan skin barrier:

1. Cerave Hydrating Facial Cleanser
Cerave Hydrating Facial Cleanser with Ceramides
Cleanses, hydrates, & helps restore the protective skin barrier with 3 essential ceramides & hyaluronic acid.

​2. Mamonde Ceramide Skin Softener
Mamonde Ceramide Skin Softener Flower Hibiscus
An ultra moisturizing skin softener that strengthens the weakened skin moisture barrier and provides impeccable moisturizing effects.

3. Nature's Palette CeraMica Skin Balancing Essence
Nature's Palette CeraMica Skin Balancing Essence
Provides brightening, soothing, hydrating, and firm-enhancing benefits to help the skin achieve a younger-looking appearance, suitable for all skin types.

4. KraveBeauty Great Barrier Relief
KraveBeauty Great Barrier Relief Serum
Skin barrier repairing serum that helps “glue” together tears in the barrier to keep the good stuff in and the bad stuff out.

​​5. Elizabeth Arden Hyaluronic Acid Ceramide Capsules Hydra-Plumping Serum
Elizabeth Arden Hyluronic Acid Ceramide Serum
Powered by Double-Lock Hydration, 98% see visibly plumper skin with a more youthful bounce. Moisture magnet hyaluronic acid and skin-strengthening ceramides work together to visibly plump, firm and hydrate skin.

6. Illiyoon Ceramide Ato Soothing Gel
Illiyoon Ceramide Ato Soothing Gel
Deep and soothing moisture calms the sensitive skin comfortably and mildly while providing instant and long-lasting hydration to the skin. Suitable for all skin types especially sensitive skin.

7. Dr.Jart+ Ceramidin Facial Barrier Mask
Dr.Jart+ Ceramidin Sheet Mask
Moisture-barrier strengthening facial sheet mask with an intensive moisturizing and deep hydration.


Artikel menarik:
  • Perbandingan Serum Anti-Aging Mengikut Bajet
  • Mitos Tentang Penggunaan Chemical Exfoliation
  • Tips Penjagaan Kulit Jenis Kombinasi Berminyak​
  • Status Halal Kandungan PITERA Dalam Produk SK-II
  • Cara Melapis Produk Penjagaan Kulit Untuk Hasil Yang Memukau
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

3 Komponen Penting Dalam Moisturizer

16/4/2021

0 Comments

 
Moisturizer atau pelembap adalah langkah penting dalam basic routine selain dari cleanser dan sunscreen (waktu siang).

Hari ni saya nak kongsi berkenaan komponen dalam moisturizer. Biasa kita tahu mosturizer as a whole product saja dan bergantung pada review serta suggestion untuk cari moisturizer mana baik untuk kulit masing-masing. Hopefully posting ni boleh membantu awak untuk lebih faham dalam mencari moisturizer yang sesuai.

Fungsi asas moisturizer adalah untuk membantu melembapkan kulit ketika kering dan mencegahnya dari kering semula dengan menahan air di stratum corneum, lapisan paling luar kulit.

Selain itu, moisturizer membantu melindungi kulit dengan menghalang lembapan dari terbebas, dan pada masa yang sama mencegah unsur luar daripada menyebabkan kekeringan atau kerengsaan pada kulit.

Komponen utama bagi membentuk moisturizer yang lengkap adalah Humectant, Emollient, dan Occlusive.
​
Picture
Humectant adalah bahan yang bertindak menarik molekul air dari udara ke permukaan kulit. Antara humectant yang selalu digunakan dalam formulasi skincare adalah Glycerin, Hyaluronic Acid, Panthenol, dan Butylene Glycol.
​
Picture
Emollient ialah bahan yang memenuhi ruang antara sel-sel kulit bagi membentuk kulit yang lembut dan anjal tanpa menambah lembapan. Emollient yang biasa kita nampak dalam ingredients list adalah Linoleic Acid, Ceramides, Squalane, dan Cholesterol.
​
"Many humectants also have emollient properties but not all emollient are humectant."
​
Picture
Occlusive biasanya sejenis lipid atau oil-based yang berfungsi dengan membentuk lapisan penghalang bagi mengelakkan TEWL (trans epidermal water loss) dan mengunci kelembapan.
​
Occlusive tidak meningkatkan kadar kelembapan kulit tetapi ia menghalang lembapan dari terbebas keluar. Contoh occlusive adalah Dimethicone, Lanolin, Petrolatum, dan Cocoa butter.
​
"Most emollients may also be occlusive but not all occlusive are emollients."
​

Ok nak senang ingat:
  • Humectant - tarik air.
  • Emollient - memenuhi ruang kulit.
  • Occlusive - halang kehilangan air.

Kompenen dalam moisturizer ini berperanan membentuk moisturizer base.
  • Water/gel based moisturizer mengandungi lebih banyak air dan humectant jadi teksturnya lebih ringan. Jenis ini sesuai untuk kulit berminyak.
  • Cream based moisturizer mengandungi banyak emollient dan teksturnya lebih pekat. Ia sesuai untuk kulit normal dan kering.
  • Ointment atau balm pula mengandungi banyak kandungan occlusive dan teksturnya lebih greasy (berminyak). Biasanya digunakan untuk merawat kulit yang terlalu kering.

Satu lagi komponen dalam moisturizer yang jarang diperkatakan ialah Reparative iaitu occlusive dan humectant yang bukan sahaja merawat kekeringan kulit tetapi turut merawat punca kekeringan kulit iaitu skin barrier yang rosak. Contoh popular adalah Ceramide.

Pemilihan moisturizer based bukan saja bergantung kepada jenis kulit semata-mata tetapi juga keberkesanan sesuatu moisturizer dalam memberikan kelembapan pada kulit. Selain itu individual preference terhadap finishing, absorption rate, dan skin treatment ingredients seperti brightening, anti-aging, anti-acne juga memainkan peranan dalam pemilihan moisturizer.
​
Video dari The Pastels Shop menerangkan secara kreatif bagaimana moisturizer bertindak melembapkan kulit kita. Haaa dah faham tentang moisturizer? Hopefully post ni dapat membantu.

Carian berkenaan ingredients list dalam sesuatu produk boleh dibuat di https://www.skincarisma.com/ingredient-analyzer
Baca skincare ingredients di Skincarisma
Baca kandungan skincare ingredients di Skincarisma
That's all from me, thanks for reading yea! :)


Artikel lain yang mungkin dapat membantu:
  • Fungsi alkohol dalam produk penjagaan kulit.
  • Rutin penjagaan kulit yang mudah untuk beginners.
  • The Raw. Daily Ceramide Moisturizer, baik untuk skin barrier.
  • Review Nuvit Daily Defender Lightweight Moisturizing Sunscreen.
  • Ketahui kandungan minyak dalam 3 jenis moisturizer berasaskan Ceramide.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Moisturizer Oil Test - Ketahui Kandungan Minyak Dalam Pelembap

14/4/2021

0 Comments

 
Ada yang berpendapat cream moisturizer ni heavy dan tak sesuai bagi kulit berminyak. From my personal experience, dari segi feeling yes dia rasa sedikit heavy tapi cream moisturizer tak semestinya menyebabkan pori tersumbat atau menjadikan kulit lebih berminyak.

Sama juga gel atau cream-gel moisturizer. Walaupun feeling pakai tu rasa ringan je kat muka, tapi ada yang menyumbat pori akibat terlebih hydrating properties seterusnya buatkan muka lebih berminyak.

Kat sini saya buat perbandingan menggunakan 3 jenis moisturizer iaitu Laf Med Secret Cream +Ceramide, Missha Near Skin Total Ceramide, dan The Raw Daily Ceramide Moisturizer.
LaF Med Secret, Missha Near Skin, The Raw
Keadaan moisturizer dan kertas pada permulaan.
Ceramide moisturizer oil test
Selepas 1 jam 30 minit.
Ceramide moisturizer oil test
Selepas 3 jam.
Ceramide moisturizer oil test
Selepas 6 jam.
Ceramide moisturizer oil test
Selepas 18 jam.

So, is this moisturizer oil test matter? To a certain extent, yes. Sedikit sebanyak ini boleh bagi gambaran dan bantu pengguna untuk pilih nak pakai yang mana. Tapi masih kena test sendiri dan paling penting ikut preference masing-masing nak pakai moisturizer jenis mana. Even condition kulit kita pun berubah-ubah dari masa ke semasa.

Favorite saya antara tiga ni: Missha Near Skin Total Ceramide. Actually semua pun bagus cuma saya lebih suka Missha :)

Artikel menarik yang mungkin dapat membantu:
  • Review Mizon Collagen Power Firming Eye Cream.
  • Ketahui perbezaan antara dry skin dengan dehydrated skin.
  • 10 jenis pelembap muka yang sesuai dengan kulit berminyak.
  • Tips mengecilkan pori bukan lagi rahsia, boleh buat dirumah je.
  • Workout outfit yang hijab friendly - untuk gaya hidup lebih sihat.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
<<Previous
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me