• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Review The Raw. Niacinamide 5% Serum

2/5/2021

0 Comments

 
The Raw Niacinamide 5% Serum Review
Niacinamide banyak digunakan dalam brightening products tapi masa saya survey and decide beli serum ni saya aim nak improve skin condition dari segi oil balancing dan smoother skin texture.
​
Water based serum ini diformulasi dengan Niacinamide 5% + Vitamin B5 0.5% + Anti-Blemish Cocktail (AHA + BHA) sebagai bahan utama. Ianya bebas alcohol dan juga fragrance.
The Raw Niacinamide 5% Serum Ingredients List
Baca senarai penuh bahan-bahan dalam The Raw. Niacinamide 5% Serum beserta penerangan lanjut disini.
Tekstur serum ni tak cair sangat tak likat sangat, consistency dia lebih kurang dengan Nutox Advanced Serum Concentrate. Warnanya jernih dan sedikit kekuningan serta tiada noticeable scent. Packaging serum ini jenis botol kaca berwarna amber serta penutup dengan dropper untuk mudah kita titiskan serum.

Ia dikatakan mampu mengawal minyak, cela, dan jerawat, mengurangkan penampakan pori, mencerahkan serta meningkatkan kelembapan kulit. Harganya sangat berpatutan, cuma RM 34.90 untuk 30ml dan PAO selama 6M. Kalau pakai 3-4 titik sekali sehari ngam-ngam 6 bulan baru habis ni.
The Raw Niacinamide 5% Serum Review
Okay, mula-mula pakai saya rasa kurang selesa sebab:
  • Dia dipasarkan dengan formulasi tidak melekit tapi saya pakai rasa agak melekit.
  • Saya berharap serum ini dapat kawal pengeluaran minyak, tapi muka saya jadi makin berminyak bila pakai.

Tapi sabar jap, ada benda kena ambil masa sikit untuk serasi. Kadang-kadang masalah tu bukan dengan produk tapi condition kulit saya sendiri. Disebabkan serum ni tak buat kulit saya breakout ke apa, saya teruskan juga pakai setiap hari. Biasanya sekali sehari tapi ada juga pakai 2 kali sehari. Bila pakai 3 kali sehari tak boleh, kulit saya naik jerawat pasir 2-3 ketul.

Selepas 3 minggu (ke 4 minggu, lupa dah) saya mula nampak improvement. Rasa melekit tu sebenarnya sebab saya tengah obses dengan One Thing toner jadi saya duk pakai toner banyak layer, saya spray sebagai face mist lagi. Bila kurangkan sikit layring toner dan spray face mist, rasa elok je pakai The Raw Niacinamide ni, senang meresap dan tak melekit pun.
Lama kelamaan muka pun rasa kurang berminyak sebab serum ni dapat regulate oil production, secara tak langsung juga kuranglah pertumbuhan jerawat. Ia berkesan, cuma ambil masa sedikit jadi kenalah pakai dengan konsisten dan banyak observe kulit sendiri. Dari segi kesan kecerahan dan kelembapan kulit maybe ada lah sikit kot, tak obvious sangat.

Selain dari itu Niacinamide juga membantu meningkatkan pengeluaran ceramide semulajadi kulit, maka skin barrier juga jadi lebih kuat. Saya suka lapiskan The Raw Niacinamide serum dengan Mizon Collagen Power Lifting Cream moisturizer. Kulit memang behave at its best!
The Raw Niacinamide 5% Serum Review
Btw, serum ni saya tak boleh pakai dengan Cosrx BHA Blackhead Power Liquid, ia buatkan kulit saya extremely dehydrated tapi saya terus apply counter measure, sekejap je dah okay balik. Setakat ni tu je yang saya ada problem. Layer dengan produk lain okay sangat.

Is this a good serum? Untuk saya, The Raw Niacinamide 5% adalah serum yang bagus.
Will I repurchase this product? Of course. In fact saya tengah pakai botol kedua sekarang ni, beli kat official store.

Allright, thanks for reading! :)

--
Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan.


Baca artikel menarik:
  • Review The Raw. Daily Ceramide Moisturiser
  • Jenis-jenis produk penjagaan kulit serta fungsinya
  • Status halal kandungan PITERA dalam produk SK-II
  • 10 pelembap muka untuk kulit kombinasi berminyak
  • Kenalpasti jenis kulit muka dengan 3 langkah mudah
<< Previous
Next >>
0 Comments

AHA-BHA Sebagai Exfoliator - Ulangkaji

2/5/2021

0 Comments

 
Cara guna AHA-BHA chemical exfoliator
Hi guys... Kalau korang tak tahu apa itu chemical exfoliator atau AHA-BHA, boleh baca part ni dulu:
  • Exfoliation for beginners
  • Cara menggunakan chemical exfoliator

​Ok, jom ulangkaji!
1. AHA - water soluble, exfoliate permukaan kulit. Concentration selamat adalah 10% kebawah.
2. BHA - oil soluble, exfoliate hingga ke dalam pori. Concentration selamat adalah 2% kebawah.
3. Kekerapan penggunaan AHA-BHA bergantung kepada concentration dan keperluan kulit.
4. Sebagai permulaan, cara untuk mengurangkan risiko iritasi adalah:
  • Guna produk yang mengandungi peratusan asid yang rendah.
  • Mula pakai sekali seminggu dan tingkatkan kekerapan secara berperingkat hingga ke tahap optimum.
  • Guna exfoliant dalam produk jenis wash off seperti cleanser atau micellar water jika kulit terlalu sensitive dan mudah breakout.
5. Cadangan AHA: Mandelic Acid (beginner) / Lactic Acid (intermediate) / Glycolic Acid (advanced).
6. Cadangan BHA : Betaine Salicylate (beginner) / Salicylic Acid (intermediate/advanced).
7. Beginner paling gentle, Advanced lebih potent. Tetapi that's not always the case. Ia turut bergantung kepada :
  • Concentration. 10% Mandelic Acid mungkin lebih kuat kesannya pada kulit berbanding 5% Glycolic Acid.
  • Formulasi keseluruhan produk. Glycolic Acid dengan lebih kandungan humectant dan emollient mungkin kurang irritating berbanding Mandelic Acid yang kurang kandungan humectant dan emollient.
  • Vehicle. Mandelic Acid dalam bentuk toner mungkin terasa lebih irritating berbanding Glycolic Acid dalam bentuk treatment cream.
8. AHA sesuai untuk merawat masalah whitehead, kulit kusam, garis halus dan kedutan, serta parut gelap.
9. BHA sesuai untuk merawat blackhead, jerawat, dan dark spots kerana ia bersifat comedolytic (menghalang pembentukan comedone dalam pori) dan desmolytic (menguraikan ikatan antara sel atau exfoliate)
10. Exfoliating product tak semestinya kena sapu seluruh muka. Boleh sapu/patch pada kawasan yang diperlukan sahaja ataupun dot dot sebagai spot treatment.
11. Paling penting, pastikan diri sendiri sudah ada tabiat memakai sunscreen dengan betul iaitu sebanyak 2 jari dan reapply setiap 2-3 jam sebelum mula pakai sebarang chemical exfoliant.


Baca artikel menarik:
  • Humectant, Emollient, dan Occlusive
  • Bolehkah pakai AHA pada waktu siang?
  • Skin Brightening VS Lightening VS Whitening
  • Rahsia penjagaan pori supaya kelihatan kecil
  • Tips penjagaan kulit jenis kombinasi berminyak
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Review Mizon Collagen Power Firming Eye Cream

2/5/2021

0 Comments

 
Mizon Collagen Power Firming Eye Cream Review
Mizon Collagen Power Firming Eye Cream dikatakan mampu melembap dengan baik, melicinkan serta meningkatkan keanjalan kulit, sekaligus menjadikan penampakan kedutan semakin berkurangan. Ianya mengandungi 42% highly concentrated marine collagen, antioxidant, dan skin identical ingredients untuk mimik kandungan dan struktur semulajadi lapisan kulit.

Saya beli jenis tube 10ml sebab senang nak dispense produk dan boleh simpan secara vertical, jadi jimat ruang. Saya dah pakai selama 2 bulan, masih ada separuh lagi, confirm sempat habiskan sebelum PAO dia 12M. Harganya RM 28 untuk 10ml, consider agak murah untuk eye cream dengan senarai bahan-bahan yang hebat serta formulasi bebas alkohol dan bebas pewangi:
Picture
Lihat senarai penuh bahan-bahan dalam Mizon Collagen Power Firming Eye Cream dengan lebih terperinci disini.

Teksturnya jenis gel, senang diratakan, menyerap dengan baik serta tiada bau. Finishing eye cream ni sedikit lembap, tidak pedihkan mata malah ia buatkan mata terasa selesa. Selain itu, eye cream ni blend well dengan sunscreen serta makeup. Kulit pada kawasan mata saya sangat sensitive dan mudah rasa pedih dan kemerahan bila pakai apa-apa produk tapi Mizon eye cream ni saya rasa suka je nak apply. Sebab paling utama adalah eye cream ini terasa ringan, tiada iritasi yang mengakibatkan kulit mata lebih berkedut, kusam dan kemerahan, atau menimbulkan milia seed. Pendek kata selesa dipakai tanpa rasa berat.
Mizon Collagen Power Firming Eye Cream Review
Bila pakai eye cream, saya nampak sedikit improvement pada kawasan mata dari segi keanjalan dan garis halus. Tapi bila tak pakai eye cream, garis halus masih nampak seperti biasa dan kulit yang kering kekurangan sifat elasticity tanpa kelembapan dari eye cream. Apa pun, ia lebih baik dari pakai eye cream tapi tak jadi apa-apa langsung.

Nota: Garis halus maksudnya crack bawah mata yang nipis diantara kedutan atau berada pada hujung kedutan.

Saya pakai eye cream ni 2 kali sehari. Adakala terlupa terus sampai beberapa hari tak pakai hehehe. Saya perasan kalau terlebih pakai, akan naik setompok kecil milia seeds. Tapi bila cepat-cepat treat dengan exfoliating + hydrating, dalam beberapa minggu milia boleh kecut dan hampir hilang. Milia seeds ni saya perasan kalau dah lama bertapa dia memang takkan hilang kalau setakat pakai skincare sahaja. Kena buat extraction baru boleh buang.
Mizon Collagen Power Firming Eye Cream Review
Bagi saya ini adalah eye cream yang baik dari segi texture (ringan) and feels (melembapkan), tapi tak cukup power untuk mengurangkan garisan halus bawah mata. Saya rasa okay je kalau nak repurchase walaupun tak berapa power sebab so far eye cream ni yang paling baik untuk saya dan harganya sangat affordable.

That's all from me, thanks for reading! :)

--
Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan.
Betulkah eye cream adalah scam?


Baca artikel menarik disini:
  • Tips melabur pada skincare dengan bijak.
  • Perbezaan antara dry dan dehydrated skin.
  • Fungsi toner dan cara menggunakannya dengan betul.
  • Rangkaian produk Paula's Choice kini boleh diapati dengan mudah di Malaysia.
  • ​Bersenam untuk gaya hidup sihat - ini senarai workout outfit yang hijab friendly.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me