• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

AHA-BHA Sebagai Exfoliator - Ulangkaji

2/5/2021

0 Comments

 
Cara guna AHA-BHA chemical exfoliator
Hi guys... Kalau korang tak tahu apa itu chemical exfoliator atau AHA-BHA, boleh baca part ni dulu:
  • Exfoliation for beginners
  • Cara menggunakan chemical exfoliator

​Ok, jom ulangkaji!
1. AHA - water soluble, exfoliate permukaan kulit. Concentration selamat adalah 10% kebawah.
2. BHA - oil soluble, exfoliate hingga ke dalam pori. Concentration selamat adalah 2% kebawah.
3. Kekerapan penggunaan AHA-BHA bergantung kepada concentration dan keperluan kulit.
4. Sebagai permulaan, cara untuk mengurangkan risiko iritasi adalah:
  • Guna produk yang mengandungi peratusan asid yang rendah.
  • Mula pakai sekali seminggu dan tingkatkan kekerapan secara berperingkat hingga ke tahap optimum.
  • Guna exfoliant dalam produk jenis wash off seperti cleanser atau micellar water jika kulit terlalu sensitive dan mudah breakout.
5. Cadangan AHA: Mandelic Acid (beginner) / Lactic Acid (intermediate) / Glycolic Acid (advanced).
6. Cadangan BHA : Betaine Salicylate (beginner) / Salicylic Acid (intermediate/advanced).
7. Beginner paling gentle, Advanced lebih potent. Tetapi that's not always the case. Ia turut bergantung kepada :
  • Concentration. 10% Mandelic Acid mungkin lebih kuat kesannya pada kulit berbanding 5% Glycolic Acid.
  • Formulasi keseluruhan produk. Glycolic Acid dengan lebih kandungan humectant dan emollient mungkin kurang irritating berbanding Mandelic Acid yang kurang kandungan humectant dan emollient.
  • Vehicle. Mandelic Acid dalam bentuk toner mungkin terasa lebih irritating berbanding Glycolic Acid dalam bentuk treatment cream.
8. AHA sesuai untuk merawat masalah whitehead, kulit kusam, garis halus dan kedutan, serta parut gelap.
9. BHA sesuai untuk merawat blackhead, jerawat, dan dark spots kerana ia bersifat comedolytic (menghalang pembentukan comedone dalam pori) dan desmolytic (menguraikan ikatan antara sel atau exfoliate)
10. Exfoliating product tak semestinya kena sapu seluruh muka. Boleh sapu/patch pada kawasan yang diperlukan sahaja ataupun dot dot sebagai spot treatment.
11. Paling penting, pastikan diri sendiri sudah ada tabiat memakai sunscreen dengan betul iaitu sebanyak 2 jari dan reapply setiap 2-3 jam sebelum mula pakai sebarang chemical exfoliant.


Baca artikel menarik:
  • Humectant, Emollient, dan Occlusive
  • Bolehkah pakai AHA pada waktu siang?
  • Skin Brightening VS Lightening VS Whitening
  • Rahsia penjagaan pori supaya kelihatan kecil
  • Tips penjagaan kulit jenis kombinasi berminyak
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

TIPS Untuk Melabur Pada Skincare Dengan Bijak

16/4/2021

0 Comments

 
Cleanser atau pembersih muka terbaik.
  • INVEST IN A GOOD CLEANSER!
Pencuci muka (cleanser) yang bagus adalah yang tidak under cleanse atau over cleanse. Maksudnya ia mampu membersih dengan baik dan berkesan menanggalkan sunscreen, minyak, dan kotoran dari permukaan kulit serta dalam pori tanpa mengeringkan serta menghilangkan natural moisture pada kulit.

Boleh guna cleanser jenis oil based atau water based, foaming atau non foaming, single atau double cleansing. There is no one size fits all, no perfect formulation. Jadi kena cari sendiri your holy grail cleanser. Boleh cuba Neutrogena Deep Clean Hydrating Cleansing Oil To Foam, 2 dalam 1 makeup remover dan deep cleanser.

Selain dari produk  yang bagus, teknik cucian muka juga sangat penting. Menggosok muka dengan laju dan kasar sebab nak singkatkan tempoh cucian boleh mengakibatkan muka tidak cukup bersih serta kerosakan pada skin barrier. Gosok dengan perlahan-lahan tapi lama sikit (60s) supaya surfactant dalam cleanser boleh menjalankan tugasnya dengan baik tanpa mengganggu skin barrier.

Cleansing ni step yang sangat penting sebab kalau cucian pun dah tak betul, ia boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat, kulit kusam, serta menghalang penyerapan skincare akibat kulit yang tak bersih.
​
Moisturiser atau pelembap muka terbaik.
  • INVEST IN A GOOD MOISTURIZER!
Moisturizer bertindak melembapkan kulit menjadikannya lebih sihat dan mengurangkan masalah kulit. Semua jenis kulit kena pakai moisturizer termasuk kulit jenis berminyak.

Formulasinya mengandungi humectant, emollient, occlusive. Kulit jenis kering perlukan lebih banyak kandungan occlusive manakala kulit berminyak perlukan kandungan humectant yang lebih tinggi. Apa-apa pun semuanya bergantung kepada preference sendiri. Baca mengenai komponen moisturizer disini.

Sesetengah moisturizer turut mengandungi skin treatment ingredients seperti soothing, brightening, exfoliating, scar treatment, anti-acne serta anti-aging. Find.Your.Own.Holy.Grail. Brand apa-apa pun tak kisah, asalkan it works for you dan bukan timbang kilo. Boleh cuba NUTOX Renewing Treatment Crème yang soothing dan menyerlahkan natural glow pada kulit.

Kalau dapat jumpa moisturizer yang bagus dari segi texture, feel and finishing, blend well dengan sunscreen/makeup, serta mengandungi skin treatment ingredients yang berkesan pada kulit, kita sebenarnya boleh skip terus essence/serum/ampoule. Power kan?
​
Sunscreen yang terbaik dan cara memakainya.
  • INVEST IN A GOOD SUNSCREEN!
​Kebanyakan punca masalah kulit adalah hasil dari UV damage. Kalau bersungguh pakai serum dan moisturizer tapi tak protect dengan sunscreen, tak jadi juga. Tolonglah faham yang ni dulu.

Ada 2 jenis UV filter dalam sunscreen product iaitu physical dan chemical. Satu lagi dipanggil hybrid iaitu gabungan physical dan chemical UV filter dalam satu produk. Sunscreen texture pun ada banyak jenis seperti watery essence, gel, gel-cream, cream. Sunscreen finishing pula ada yang mempunyai whitecast, ada yang tidak. Kalau banyak berpeluh dan banyak terkena air boleh pakai sunscreen jenis water-resistant.

Sunscreen kena pakai dengan generous iaitu anggaran 2 jari untuk seluruh muka serta ulang pakai (reapply) setiap 2-3 jam terutamanya jika berada di luar. Protection yang disarankan adalah broad spectrum, sekurang-kurangnya SPF30 PA++.

Carilah sunscreen yang bagus iaitu yang tidak mengeringkan kulit, tidak menyebabkan kulit berminyak, sesuai dipakai pada kawasan mata, tekstur dan finishing yang disukai. Pendek kata sunscreen yang kita tak rasa keberatan malah rasa suka pakai dan suka nak reapply. Favorite saya BIORE UV Perfect Block Milk Moisture, hybrid sunscreen yang broad spectrum SPF50+ PA+++, finishing semi matte, sangat sedikit whitecast, dan perfect untuk kulit kombinasi berminyak.
Untuk sunscreen 2 dalam 1 iaitu berfungsi sebagai pelindung suria dan dalam masa yang sama mengandungi pelembap, saya cadangkan Cosrx Aloe Soothing Sun Cream. Saya sudah gunakan sebanyak 5 tube! Memang best, tak perlu pakai pelembap kerana kandungan lembapan dalam sunscreen ini sudah mencukupi. Sunscreen ini sesuai untuk kulit jenis kering. 


Artikel menarik lain yang mungkin dapat membantu:
  • Sebenarnya perlu pakai eye cream atau tidak?
  • ​Review Mizon Collagen Power Firming Eye Cream.
  • Perbezaan antara skin brightening vs lightening vs whitening.
  • Rangkaian produk Paula's Choice kini boleh didapati dengan mudah.
  • Review Laneige Cream Skin Refiner, toner bebas alkohol dan pewangi.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

boleh KE NAK guna AHA-BHA pada waktu siang?

14/4/2021

0 Comments

 
Penggunaan chemical exfoliant terutama Glycolic Acid (sejenis AHA) menyebabkan kulit menjadi photosensitive. Photosensitive ialah keadaan dimana kulit semakin kurang perlindungan semulajadi dan berisiko tinggi menjadi rosak akibat UV radiation dari sinaran matahari.

Tetapi cara AHA menyebabkan photosensitivity bukannya dengan bertindak balas dengan cahaya matahari, sebaliknya ia menipiskan lapisan stratum corneum (sel kulit mati) yang menyebabkan kulit lebih terdedah dan bertambah sensitive.
​
Proses ini tidak berlaku dalam beberapa saat sewaktu pemakaian skincare. AHA bertindak secara perlahan-lahan untuk melarutkan sel-sel kulit mati. Sebab itu untuk mendapatkan kesan exfoliation yang optimum kita perlu menggunakan chemical exfoliation dalam leave-on product (yang popular adalah toner).
Picture
Kulit mengambil masa untuk develop photosensitivity, dan kesannya juga tidak hilang dengan serta merta. Maksudnya, photosensitivity kulit berterusan sehingga lebih kurang seminggu biarpun kulit sudah tidak lagi menggunakan produk yang mengandungi AHA.
Source: TikTok
Jadi AHA selamat untuk dipakai pada waktu siang juga, yang penting kena protect kulit dari sinaran matahari dengan pakai sunscreen. Very very important ya sunscreen ni adik-adik. Kalau dah jadi premature aging baru nak pakai kira dah terlambat, sebab sunscreen tak dapat reverse balik proses tu, dia cuma perlahankan kesan UV damage pada masa akan datang.

​Thanks for reading! :)

Baca artikel menarik:
  • Status kandungan PITERA dalam produk SK-II.
  • Sebenarnya krim mata perlu dipakai atau tidak?
  • Mudahnya semak penyata SSPN, tidak perlu ke kaunter lagi.
  • Heliocare 360 Gel Oil Free Sunscreen, holy grail dalam skincare community!
  • Nota ringkas AHA-BHA, baca dahulu sebelum mula guna chemical exfoliator.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
<<Previous
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me