• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

perbezaan antara toner dengan face mist

9/4/2021

0 Comments

 
Toner adalah langkah pertama selepas cuci muka yang bertindak sebagai persediaan kepada kulit (skin prep). Saya bahagikan toner kepada 3 kategori iaitu Hydrating, Exfoliating, dan Treatment. Bukan semua produk dengan label toner adalah sama. Ia bergantung kepada formulasi serta bahan utama. Penting untuk kita faham jenis toner terlebih dahulu sebelum menggunakannya supaya tidak tersilap langkah.

Face mist pula digunakan untuk memberikan instant hydration serta menyegarkan kulit pada bila-bila masa. Kedua-duanya mempunyai fungsi dan cara penggunaan yang sedikit berbeza.

Fungsi utama face mist adalah:
  • Menghidrat serta merta dan dalam masa yang sama turut menyegarkan kulit.
  • Memberi lebih kelembapan pada pemakaian skincare melalui 'mist sandwich technique'.
  • Melegakan iritasi pada kulit sensitif dengan kandungan soothing ingredients seperti aloe vera dan chamomile.
  • Bertindak mengawal minyak dengan kandungan oil absorbent ingredients seperti Silica dan oil production regulation seperti Niacinamide.

Toner boleh dipakai menggunakan cotton pad, sapuan terus dengan tangan, atau spray hingga titisan toner melekat pada muka dan tepuk perlahan-lahan untuk membantu penyerapan.

Face mist pula digunakan dengan cara memegang botol dalam jarak 20cm dan spray 2 hingga 3 kali ke serata muka. Titisan air yang melekat pada kulit adalah seperti kabus, sangat halus, serta hampir tidak kelihatan. Jangan sentuh muka dan biarkan ia air-dry lebih kurang seminit. Kulit muka pasti dapat merasai kesegaran dengan serta merta.
Perbezaan toner dengan face mist
Bolehkah guna face mist sebagai toner?
​
Kandungan face mist adalah lebih ringan dan mengandungi lebih banyak air. Jadi face mist tidak cukup untuk digunakan sebagai toner dan tidak memberikan kesan kepada kulit sebaik toner. Sebaliknya, hydrating atau soothing toner boleh digunakan sebagai face mist.

That's all, thanks for reading :)

Artikel lain yang mungkin dapat membantu:
  • Nota ringkas AHA-BHA untuk beginner.
  • Cara melapis produk penjagaan kulit dengan betul.
  • Resipi glass noodle prawn salad seperti restoran Thai.
  • Begini rupanya cara untuk potong daging nipis teppanyaki.
  • Jenis-jenis toner dan cara yang sesuai untuk menggunakannya.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Produk penjagaan kulit paula's choice kini Boleh didapati di shopee

8/4/2021

0 Comments

 
Picture
Jenama Paula's Choice sudah tidak asing lagi dalam industry produk penjagaan kulit. Diasaskan oleh Paula Begoun, Paula's Choice (PC) mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam menyampaikan produk hebat kepada pelanggan yang berpuas hati di seluruh dunia. Mereka juga komited dalam memahami kulit pelanggan dan mementingkan produk berkualiti yang pasti membuatkan pengguna berpuas hati.
Picture
Produk dari Paula's Choice adalah bebas pewangi, terbukti secara klinikal, dan tiada ujian keatas haiwan.
Picture
Ramai pelanggan yang menggunakan 2% BHA Liquid Exfoliant sebagai exfoliator dan ada yang memanggil produk ini sebagai Holy Grail mereka kerana keberkesanannya. Maka tidak hairanlah ia menjadi Global Best Seller.

Selain dari itu, terdapat banyak lagi rangkaian produk dari Paula's Choice yang sesuai untuk merawat masalah kulit tertentu seperti pori membesar, anti-penuaan, jerawat, serta kulit sensitif.

Rangkaian produk penjagaan kulit Paula's Choice kini boleh didapati secara online dalam Paula's Choice Official Store di Shopee, 100% Authentic Guarantee.

Baca juga artikel berkaitan:
  • Idea picnic yang menarik dan mudah dibawa.
  • Tiada idea nak masak apa? Jom cuba resepi sotong bakar ni.
  • Hanya lakukan 3 langkah mudah ini untuk kenal pasti jenis kulit.
  • Review Lost and Found (LaF) Med Secret Cream Ceramide Moisturizer.
  • Perkara penting untuk tahu sebelum menggunakan chemical exfoliator (AHA-BHA).
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

tips layering skincare seperti pro untuk hasil yang memukau

7/4/2021

0 Comments

 
Dulu saya sangat clueless nak pakai skincare macam mana tapi mengikut logik akal pakailah jenis cecair dulu baru pakai jenis cream. Rupa-rupanya........ betul lah pakai macam tu! :)

Rule of thumb kata kena pakai produk dari thinnest to thickest consistency, but surprise surprise... that's not always the case! Secara teori begitulah caranya tapi dipasaran sekarang, moisturizer sahaja ada bermacam-macam tekstur dan kepekatan, sama juga dengan serum/essence/toner. Ada toner yang teksturnya lebih likat dari moisturizer, jadi macam mana tu?

Berdasarkan pengalaman sendiri, ada turutan lapisan tertentu yang memberikan impak lebih baik jadi saya tak ikut sebijik-sebijik rule thinner to thickest tu. Tapi secara umum cara untuk melapis produk penjagaan kulit adalah seperti dibawah:
Cara untuk layering skincare
  • Produk paling cair mempunyai molekul lebih kecil, senang meresap kedalam kulit dan senang juga terbebas keluar. Produk dengan molekul lebih besar pula kurang meresap berbanding produk lebih cair dan hanya mempunyai sedikit ruang antara molekul. Jadi produk yang lebih pekat bertindak menghasilkan lapisan lembapan yang memerangkap molekul produk lebih cair menjadikan pemakaian skincare lebih berkesan. Itulah secara ringkasnya untuk jelaskan tentang panduan layering thinnest to thickest consistency.

  • Tetapi aturan pemakaian juga bergantung kepada formulasi produk contohnya liquid moisturizer mempunyai tekstur lebih cair berbanding serum. Pakai serum dulu walaupun serum lebih pekat kerana serum perlu deliver sampai kedalam kulit manakala liquid moisturizer mengandungi emollient dan occlusive yang membentuk lapisan perlindungan pada kulit. Serum sukar untuk meresap jika moisturizer dipakai terlebih dahulu.

  • Caranya sapu serum keseluruh muka, kemudian gosokkan tapak tangan untuk hasilkan haba dan tekap pada muka sehingga semua serum meresap. Seterusnya pakai liquid moisturizer dengan gerakan sapuan lembut seperti pakai mask. Tepuk perlahan serata muka sehingga moisturizer fully set. Kalau urut moisturizer seperti biasa kemungkinan akan terjadi product pilling (bergumpal).
​
  • Water-based product pula disarankan pakai sebelum oil-based product supaya air terperangkap dalam kulit dan minyak akan membentuk lapisan yang menutup ruang untuk air keluar. Walaubagaimanapun, ini bergantung kepada kepekatan oil-based product and what you want to achieve. Sekiranya oil-based product lebih ringan dan mengandungi bahan penting untuk merawat masalah kulit, boleh pakai oil-based product selepas serum, sebelum moisturizer. Perhatikan cara yang mana lebih menjadi untuk kulit awak.

Memang betul size molekul adalah salah satu aspek dalam kepekatan tekstur produk tetapi ia bukanlah segala-galanya :)
Boleh baca penjelasan dari Michelle Lab Muffin tentang skincare layering myth disini.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
<<Previous
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me