• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Lifestyle, travel, and hacks by adawiyahrusli
Celovis Personalize Jewellery

Senang Sangat Nak BBQ Grill Dan Steamboat Dirumah

1/11/2022

0 Comments

 
Resepi BBQ Grill Steamboat Sedap
Memang seronok sebenarnya buat bbq steamboat dirumah, lebih-lebih lagi jika ada anak kecil. Sambil makan-makan, boleh layan TV juga. Anak-anak pun boleh belajar memasak, yang penting kena pantau la, takut terkena panas.

Nak sediakan bbq steamboat cukup mudah. Apa yang perlu:
  1. Makanan untuk dibakar (grill).
  2. Sos pencicah.
  3. Kuah steamboat.
  4. Makanan untuk direbus (steamboat).
  5. Sayur-sayuran.
  6. Alas meja pakai buang.
  7. Yang paling penting, guna kuali non-stick bbq steamboat ni.

1. Makanan untuk grill tu potong kecil-kecil supaya mudah masak dan mudah dimakan. Lepas tu perap ikut resepi ni, pasti terangkat:
Resepi BBQ Grill Paling Sedap
2. Sos pencicah saya buat sendiri sebab ada lebihan sambal belacan. Beli yang dah siap macam sos pencicah ni pun senang, dan serious sedap. Bila tambah hirisan daun ketumbar terus rasa mahal. Restoran dan hotel pun banyak guna sos ni tau.
3. Kuah steamboat pula boleh pilih ikut selera. Kadang-kadang saya buat sup ayam. Tapi yang paling laku ialah kuah ala oden. Campurkan 2 paket perencah asam pedas, 3 sudu besar Thai chili paste, sedikit asam jawa dan garam secukup rasa. Tambah air dan kacau semuanya.
4. Makanan untuk steamboat saya beli yang sudah campur dalam satu packet.
5. Sayur-sayuran pun ikut kesukaan anak. Ada cendawan enoki, ada lobak merah, ada daun salad.
​
6. Alas meja pakai buang ni tak perlu pun takpe, cuma nak mudahkan kerja lepas makan je. Walaupun jenis pakai buang, tapi coraknya sangat aesthetic.
7. Perkakas paling penting untuk bbq steamboat ni mestilah kuali dia, kalau tak nak masak atas apa hehehe.. Saya recommendkan guna kuali ni sebab saya sendiri dah pakai lebih dari 2 tahun, masih berfungsi macam baru. Apa yang saya suka pasal kuali 2 dalam 1 ni:
  • Grill yang tidak melekit, tak perlu lapik apa-apa langsung. Sangat mudah dicuci.
  • 2 pelaras suhu yang berbeza untuk bahagian grill dan hotpot. Takdelah kuah menggelegak melimpah sambil grill tu.
  • Nampak kecil tapi boleh masak untuk 8 orang!
  • Plug Malaysia, tak perlu beli adapter dah.
  • Mudah alih, asalkan ada plug point - settle. ​
BBQ Grill Steamboat di rumah
Kuali ni juga sesuai untuk dibawa kemana-mana sebab dia ringan je. Bawa pergi camping pun layan nih sebab ada bahagian grill dan hot pot sekali, dengan kawalan suhu berasingan. Walaupun nampak kecil tapi okay la, saya pernah makan dengan family 8 orang dewasa. Dia tak berat sangat lepas tu senang nak cuci. Lepas kuali dah sejuk, kerak-kerak tu tanggal dengan sendiri bila siram air, effortless cleaning.

Jadi, senang tak senang nak bbq steamboat dirumah?

Artikel menarik yang lain:
Tips potong daging supaya tidak liat
Tips mudah untuk potong daging nipis sekata.
Alatan Pencuci Rumah Paling Berkesan
Alatan pencuci yang WAJIB ada di setiap rumah.
Resepi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock
Sedapnya ayam goreng kunyit Mat Rock ni.
<< Previous
Next >>
0 Comments

Luangkan Masa Bersama Keluarga di BakeBe Baking Studio

22/10/2021

0 Comments

 
Bakebe Baking Studio Publika KL
Dah habis idea nak buat aktiviti apa bersama keluarga dan rakan-rakan? Boleh pertimbangkan aktiviti membuat kek dan biskut di baking studio yang instagrammable ni.

Bakebe MY terletak di aras G3, Blok C, Publika Shopping Gallery. Kalau masuk dari pintu BIG di UG, naik eskalator dua kali ke tingkat G3, baking studio ni ada kat sebelah kiri. Senang nak perasan sebab lokasinya berhampiran dengan eskalator, selain dari interior dan warna studio yang menyerlah berbanding jiran tetangga.

Kalau tak pandai langsung baking (macam saya) pun tiada masalah. Datang bawa diri je sebab semua pilihan resepi, bahan-bahan, dan peralatan ada disediakan disini. Terdapat banyak charging station untuk iPhone serta tripod dan ring light turut disediakan. Memang seronok nak mencipta kenangan sebab setiap sudut ada pencahayaan yang bagus dan dekorasi yang estetik.

Sebelum ni boleh datang secara walk in sahaja tapi sekarang kena tempah slot masa terlebih dahulu memandangkan situasi Covid masih tak berapa baik. Lepas dah confirm, datang ke studio pada waktu yang djanjikan dan buat pilihan resepi mana yang kita nak baking.

​Ada beberapa tahap kesukaran tapi jangan risau iPad disediakan dengan panduan langkah demi langkah sepanjang proses baking. Saya yang first timer pun rasa senang je buat kek difficulty level 4. Boleh minta bantuan staff juga kalau kita tak jumpa peralatan atau bahan-bahan. Confirmkan pakej dan menu mana yang kita nak, lepas tu buat bayaran. Saya pilih Family Package (2 dewasa 1 kanak-kanak) untuk buat Day Dreaming cake.
Bakebe Baking Studio Publika Kuala Lumpur
Setiap orang diberikan satu apron untuk dipakai bagi melindungi baju. Lepas tu apa lagi, mula lah bergambar! Ceh.. baking pun baking juga, tempat cantik kenalah tangkap gambar kan?

Dalam iPad tu ada resepi yang kita dah pilih tadi, just ikut je langkah-langkah dalam resepi tu. Ada video disertakan sekali so tak perlu risau lah. Satu perkara yang buat saya teruja, mixer dia guna Kitchen Aid. Beranganlah dulu, dah pandai baking baru berbaloi nak beli.

Bila baking bersama kanak-kanak, banyak nak kena buat dalam masa yang sama. Kena guide dia, kena perhatikan takut bahaya atau barang-barang rosak. Jadi, boleh sangkut je phone dekat tripod supaya senang nak bergambar sambil buat kek. 

Bakebe Baking Studio Publika Kuala Lumpur
​Sebenarnya kitorang bukan nak baking sangat, tapi lebih kepada nak berikan exposure kepada budak ni, kesian dia lama tak lihat dunia dan interact dengan orang. Boleh sangat nak buat aktiviti macam ni kat rumah cuma banyak barang-barang baking nak kena beli (bukan guna semua), lepas tu renyah nak kemas. Trauma dia sepahkan icing sugar satu dapur masih belum hilang keh keh keh. So baking studio adalah lebih convenient memandangkan objektif aktiviti kitorang lebih kepada bonding, sensory, dan learning, bukan nak jadi professional baker.

Oh ya, lepas dah guna peralatan semua tu, boleh hantar ke station dan staff tolong bersihkan. Terima kasih! :)

Total baking time untuk kek Day Dreaming adalah 3 jam. Tapi tak rasa pun masa berlalu sebab seronok buat aktiviti bersama keluarga. 

Bakebe Baking Studio Publika Kuala Lumpur
Lepas dah siap, kek tu dibungkus dengan cantik untuk dibawa balik. Rupa kek kitorang buat sangatlah eye catching dengan jaluran warna pastel membaluti kek coklat didalamnya. Memang nampak Day Dreaming lah.  Kek coklat tu bagi saya agak kering, mungkin sebab kitorang baru pertama kali buat. Tapi rasanya sedap, tak manis, dan seimbang bila makan bersama cream.

Jadi kalau rasa nak baking tapi malas nak beli bahan-bahan, peralatan,  kerja-kerja pencucian, boleh datang baking di BakeBe secara individu ataupun berkumpulan.

​That's all, thanks for reading!

Lain-lain artikel menarik:
  • ​Cara-cara mendaftar akaun SSPN-i secara online.
  • Resepi glass noodle prawn salad ala restoran Thai.
  • Tauhu berlauk cicah sambal kicap untuk hidangan minum petang.
  • Ikuti langkah-langkah ini untuk cerahkan ketiak dalam masa 6 minggu.
  • Ujian mudah ini dapat pastikan jenis kulit, mudahlah nak cari skincare yang sesuai.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    November 2022
    February 2022
    January 2022
    October 2021
    September 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Alatan Pencuci
    Bilik Tidur
    Clothing
    Coffee
    DIY
    Family Time
    Home Decor
    Menu Sihat
    Organizer
    Ruang Dapur
    Ruang Tamu
    Workout

    Brew & Bread Drip Bag Coffee
    Baking Supplies Azim Bakery
    Enchanteur Perfume untuk wanita
    Celovis Personalize Jewellery
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me