• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Asas Penjagaan Kulit Yang Wajib

2/4/2021

0 Comments

 
Asas penjagaan kulit adalah Cleanser-Moisturizer-Sunscreen. Kalau pakai 3 yang basic ni kulit dah okay, sebenarnya tak perlu tambah dah langkah yang lain. Kalau nak tambah juga pun boleh je, pilihan masing-masing. Tapi kena ingat, tambah lagi banyak steps tak semestinya jadi lebih baik. Jadi kena rajin observe kulit sendiri ya.
​
Sebelum tambah skincare yang bukan basic, pastikan kita dah pakai yang asas dengan consistent dahulu. Maksudnya jangan pakai toner sahaja atau serum sahaja lepas tu mengharapkan keajaiban berlaku.
BASIC SKINCARE ROUTINE - Rutin Asas Penjagaan Kulit
Tak pakai cleanser, habis sisa produk, minyak muka, dan kotoran bertimbun pada lapisan kulit. Bukan sahaja skincare tidak dapat menyerap dengan baik, malah lebih teruk gumpalan kotoran ni menjadi punca kulit breakout berapanjangan.

Tak pakai moisturizer, kulit tak dapat lembapan dan mengukuhkan skin barrier. Kulit kering dan skin barrier yang lemah pun punca kepada banyak masalah kulit.

Tak pakai sunscreen, sinar UV makin merosakkan kulit. Lama kelamaan kesan UV damage pada kulit semakin ketara. Jangan salahkan skincare tidak berkesan kalau tak pakai sunscreen pada waktu siang.

Kalau dah pakai basic dengan consistent, lepas tu ada masalah kulit yang kita nak improve boleh introduce one product at time. Contohnya mula dengan tambah toner untuk tingkatkan hidrasi, after a while kalau tiada masalah dengan toner dan kulit nampak well hydrated boleh tambah serum pula untuk even out skin tone. Ni contoh je.

Kesimpulannya, go back to basic kemudian build your routine sikit-sikit mengikut keperluan :)

Lain-lain artikel menarik:
  • Idea summer picnic yang instagrammable.
  • Kepentingan ceramide untuk skin barrier yang sihat.
  • Cara simpan bawang dan rempah ratus dengan betul.
  • Ketahui perbezaan antara dry skin dengan dehydrated skin.
  • Serum anti-aging mengikut bajet, yang mana pilihan anda?
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me