Kalau sudah create habit pakai basic skincare dengan konsisten, seterusnya bolehlah tambah toner dalam rutin penjagaan kulit jika mahukan hasil yang lebih baik. Toner atau sesetengah negara melabelnya sebagai Skin atau Lotion bertindak sebagai persediaan kepada kulit (skin prep) selepas muka dicuci dengan cleanser. Kebiasaannya toner mempunyai tekstur seperti air atau ada juga yang sedikit likat. Bergantung kepada key ingredients, ianya menghidrat kulit dengan segera, membantu membersihkan sel kulit mati, serta menyegarkan kulit tanpa menghilangkan lembapan semulajadi. Apakah kebaikan toner pada kulit muka?
Antara jenis-jenis toner dalam pasaran:
Toner boleh dipakai menggunakan cotton pad bagi mengelakkan ia mengalir masuk kedalam mata atau mulut. Jika cleanser yang dipakai sangat gentle dan tidak membersih dengan baik, sapuan toner dengan menggunakan cotton pad dapat membersihkan sisa kotoran yang masih tertinggal pada kulit. Walaupun sedikit membantu, fungsi utama toner adalah menghidrat kulit, bukan mencuci kotoran. Sebenarnya toner juga boleh dipakai menggunakan tangan sahaja supaya dapat mengurangkan gangguan pada skin barrier. Saya memang pakai guna tangan sebab kulit makin kemerahan bila banyak guna cotton pad. Pada masa lalu, toner dianggap perlu dielakkan kerana formulasinya terlalu kuat dan sangat mengeringkan. Toner pada waktu itu mengandungi alkohol dalam kepekatan tinggi untuk menyerap minyak dari kulit. Namun formulasi toner pada hari ini adalah sangat berbeza. Pada masa sekarang, toner is just another vehicle to deliver actives or hydrators seperti penjelasan ringkas dari @dermangelo dalam tiktok beliau :)
Lain-lain artikel menarik:
0 Comments
Your comment will be posted after it is approved.
Leave a Reply. |
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|