• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

Sebenarnya Perlu Pakai Eye Cream (Krim Mata) Atau Tidak?

19/4/2021

0 Comments

 
"Eye cream adalah scam. Ia sebenarnya cuma moisturizer biasa yang diletakkan dalam packaging kecil dan dijual dengan harga terlalu mahal, atas dakwaan ia mampu memelihara kawasan mata yang sensitif"

Pernah tak dengar atau baca kenyataan seumpama diatas? Rasa-rasanya betul ke eye cream ni sekadar gimik pemasaran untuk meraih keuntungan semata-mata?

Kulit pada kawasan mata adalah lebih nipis, lebih kering, lebih sensitive, serta lebih mudah menampakkan garisan kedutan serta tona lebih gelap. Disebabkan itu, eye cream adalah produk yang dirumus khusus untuk merawat masalah kawasan mata.
Eye Cream (Krim Mata) Perlu Atau Cuma SCAM?
Ada banyak pendapat bercanggah berkenaan perlu atau tidak untuk seseorang menggunakan eye cream dalam rutin penjagaan kulit, jadi saya ringkaskan begini:

XX Tak perlu:
🔹 Kalau dari muda-muda dah jaga kulit, jaga tidur, jaga makan dan bersenam. Maka tak perlu pakai eye cream kalau tiada masalah pada kawasan mata.
🔹 Kawasan mata boleh tolerate (terima) skincare yang biasa pakai pada muka. Cukup sekadar extend pemakaian skincare hingga meliputi kawasan mata. Contohnya sapu toner, essence, serum, moisturizer, sunscreen hingga ke kawasan bawah mata juga.
🔹 Kawasan mata sensitive kepada kandungan eye cream. Walaupun eye cream diformulasi khusus untuk kulit kawasan mata tapi ia bukan jaminan sesuai dengan semua jenis kulit. Berhenti guna jika eye cream menyebabkan kekeringan, irritasi, menimbulkan milia seed, atau sebarang ketidakselesaan pada mata.

>> Perlu:
🔹 Jika ada masalah pada kawasan mata untuk dirawat seperti kekeringan, kulit kusam, dan kedutan. Kena faham bahawa kawasan mata memang ada garisan. Kedutan ni maksudnya garis yang terlampau dalam atau panjang (crow's feet). 
🔹 Kawasan mata tak dapat tolerate (terima) skincare biasa. Maksudnya toner, essence, serum, moisturizer, sunscreen yang biasa dipakai tu menyebabkan mata tak selesa atau bertindak balas dengan buruk. Jadi kenalah melabur sikit untuk cari eye cream yang sesuai.

​Kesimpulannya, tiada paksaan untuk memakai eye cream, yang penting kena faham bahawa kawasan mata adalah sensitive dan perlu dilindungi dengan baik. Jadi nak pakai eye cream atau tidak, itu terpulang kepada keadaan kulit dan keperluan masing-masing. 

That's all from me, thanks for reading! :)

Baca artikel menarik:
  • Cara penjagaan kulit asas untuk beginners.
  • Begini cara memotong daging nipis untuk masak bulgogi.
  • Rutin malam yang ringkas, cuma guna 1 produk sudah cukup.
  • Tauhu berlauk dan sambal kicap power ini pasti membuka selera.
  • Nuvit Daily Defender - sunscreen yang ringan dan juga melembapkan.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me