• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Skincare tips and review by adawiyahrusli
Marshear Beauty

10 Pelembap Muka Yang Sesuai Untuk Kulit Kombinasi Berminyak

25/4/2021

0 Comments

 
Moisturizer (pelembap) untuk kulit jenis kombinasi berminyak yang pernah saya cuba dan actually suka - senarai tidak mengikut urutan tertentu.

Ok la bagi hint sikit, favourite saya sekarang yang no. 8 tu.

Review Nutox Moisture Emulsion SPF 25 PA++
1. Nutox Moisture Emulsion SPF 25 PA++.
Emulsion ni ialah versi moisturizer yang lebih ringan jadi bila pakai dia cepat menyerap, tidak rasa berat, dan tidak melekit. Ada sedikit sun protection dalam ni tapi ia bukan pengganti sunscreen kerana perlindungan yang rendah dan moisturizer tidak dipakai sebanyak dan sekerap sunscreen.
Review Nutox Renewing Treatment Cream
2. Nutox Renewing Treatment Cream.
Teksturnya jenis gel-cream, sedikit perlahan untuk menyerap, terasa ringan, dan tidak berminyak. Dia punya best sampai saya sentiasa beli sampai 5 ke 6 jar baru rasa nak try moisturizer lain.
Review Nutox Anti-Ageing Cream
3. Nutox Anti-Ageing Cream.
Teksturnya cream based tetapi sangat cepat menyerap. Kemasan moisturizer ni buatkan kulit nampak berkilat, like actually berkilat bukan dewy fresh shine tu. Tapi bila sentuh muka, kulit sebenarnya licin dan tidak berminyak pun. Kilatan tu boleh tutup dengan matte sunscreen atau bedak.
Review Naruko Raw Job's Tears Moisturizer.
4. Naruko Raw Job's Tears Moisturizer.
Teksturnya jenis liquid moisturizer, dengan kepekatan yang lebih cair dari Nutox Emulsion. Macam pakai creamy toner gitu. Cepat menyerap, lightweight, serta matte finishing.
Review Daughters of Malaya Summertime Ceramide Liquid Moisturizer
5. Daughters of Malaya Summertime Ceramide Liquid Moisturizer.
Tekstur lebih cair daripada Naruko RJT, boleh digunakan sebagai toner juga. Pakai satu lapis rasa tak cukup. Saya biasa pakai 3 lapis. Terasa sangat ringan dimuka dan bagus untuk menguatkan skin barrier kerana mengandungi Ceramide.
Review Good Virtues Co Brightening Day Cream SPF30
6. Good Virtues Co Brightening Day Cream.
Moisturizer yang mengandungi SPF 30 PA+++. Teksturnya cream yang ringan dan senang meresap. Kemasan nampak dewy sikit tapi tak rasa berminyak pun. Yang ni saya sangat suka sebenarnya, tak tahu kenapa tak repeat beli.
Garnier Light Complete Whitening Serum Cream
7. Garnier Light Complete Whitening Serum Cream.
Cream yang sangat pekat dari segi tekstur dan terasa berat pada muka. Kemasannya matte dan ada whitecast yang agak ketara. Pakai cream ni sahaja buatkan kulit rasa dehydrated. Biasanya saya pakai serum cream ni untuk kurangkan kilatan dan jika lapisan skincare sebelumnya rasa berminyak. Ia turut mengandungi SPF 36 sebagai perlindungan UV tambahan.
Review Mizon Collagen Power Lifting Cream
8. Mizon Collagen Power Lifting Cream.
Gel moisturizer, lightweight, senang menyerap, tidak berminyak, dan tidak rasa melekit. Saya cakap ni current favourite sebab selain tekstur dan kemasa yang saya suka, ia mengandungi pelbagai manfaat yang saya perlukan untuk kulit matang dalam satu produk.
Review Dr. Jart Cicapair Calming Gel Cream
9. Dr. Jart Cicapair Calming Gel Cream.
Nama pun gel cream so tekstur dia jenis gel-cream. Bila pakai dia perlahan-lahan mencair dekat kulit dan rasa moist macam ada air kat muka. Moisturizer ni mengambil masa sikit untuk menyerap berbanding moisturizer lain yang saya guna. Walaupun tekstur yang ringan, ia mampu melembapkan kulit dengan baik tanpa rasa berminyak. Best sangat yang ni!
Review Clinique Dramatically Different Moisturizing Gel
10. Clinique Dramatically Different Moisturizing Gel.
Tekstur sebenarnya gel-cream, senang menyerap, serta rasa ringan pada muka. Kemasannya membuatkan kulit nampak berkilat dan rasa sedikit ketat, tapi bila disentuh sebenarnya muka tidak berminyak. Best pakai dengan toner yang pekat atau essence untuk kurangkan rasa ketat tu.


Artikel menarik:
  • Panduan lengkap exfoliation untuk beginners.
  • 3 langkah mudah untuk mengenalpasti jenis kulit muka.
  • Ketahui tentang perbezaan antara toner dengan face mist.
  • Status halal kandungan PITERA dalam rangkaian produk SK-II.
  • The Raw Daily Ceramide Moisturizer sesuai untuk kulit jenis kering.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    February 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    AdaSkincareReview
    AdaSkincareTips
    Alcohol
    Alcohol Free
    Body Care
    Ceramide
    Chemical Exfoliation
    Cica
    Facial Cleanser
    Fragrance Free
    Hybrid Sunscreen
    Laneige
    Makeup Remover
    Moisturizer
    Panduan Untuk Beginners
    Sensitive Skin
    Serum
    Sleeping Mask
    Sunscreen
    Toner
    Waterproof

    Wardah Beauty Malaysia
    Nutox Skincare
    Paula's Choice BHA
    Safi Skincare
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me