Ceramide merupakan salah satu kandungan lapisan kulit yang berfungsi memelihara skin barrier supaya sentiasa sihat dan lembap. Namun lama kelamaan kandungan ceramide semulajadi pada kulit makin berkurangan disebabkan faktor usia dan kerosakan akibat sinar UV. Kekurangan ceramide boleh melemahkan skin barrier, seterusnya mencetuskan masalah kulit seperti kekeringan, kemerahan, serta tanda penuaan. Cara untuk menjaga dan menguatkan skin barrier adalah dengan menggantikan ceramide semulajadi yang semakin berkurangan. Pemakaian produk yang mengandungi Ceramide bersama skin replenishing ingredients yang lain seperti cholesterol, fatty acids, dan glycerin dapat membantu memelihara skin barrier dengan baik. Kulit yang sihat dan lembap akan kelihatan lebih licin, anjal, serta garis kedutan menjadi semakin pudar. Tekstur moisturizer yang mengandungi ceramide biasanya sangat emollient/pekat/waxlike, jadi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak mungkin tak gemar sangat sebab ia buatkan kulit rasa berat dan ada kala jadi lebih berminyak. Sebenarnya ceramide bukan terkandung dalam moisturizer sahaja. Ada juga produk penjagaan kulit lain yang turut mengandungi ceramide sebagai bahan utama untuk menguatkan skin barrier: 1. Cerave Hydrating Facial Cleanser Cleanses, hydrates, & helps restore the protective skin barrier with 3 essential ceramides & hyaluronic acid. 2. Mamonde Ceramide Skin Softener An ultra moisturizing skin softener that strengthens the weakened skin moisture barrier and provides impeccable moisturizing effects. 3. Nature's Palette CeraMica Skin Balancing Essence Provides brightening, soothing, hydrating, and firm-enhancing benefits to help the skin achieve a younger-looking appearance, suitable for all skin types. 4. KraveBeauty Great Barrier Relief Skin barrier repairing serum that helps “glue” together tears in the barrier to keep the good stuff in and the bad stuff out. 5. Elizabeth Arden Hyaluronic Acid Ceramide Capsules Hydra-Plumping Serum Powered by Double-Lock Hydration, 98% see visibly plumper skin with a more youthful bounce. Moisture magnet hyaluronic acid and skin-strengthening ceramides work together to visibly plump, firm and hydrate skin. 6. Illiyoon Ceramide Ato Soothing Gel Deep and soothing moisture calms the sensitive skin comfortably and mildly while providing instant and long-lasting hydration to the skin. Suitable for all skin types especially sensitive skin. 7. Dr.Jart+ Ceramidin Facial Barrier Mask Moisture-barrier strengthening facial sheet mask with an intensive moisturizing and deep hydration.
Artikel menarik:
0 Comments
Comedogenic bermaksud kecenderungan bahan untuk menyumbat pori. Comedogenic rating pula adalah skala yang menunjukkan tahan kecenderungan sesuatu bahan untuk menyumbat pori. Skala dibaca dari angka 0 (tidak menyumbat pori) hingga 5 (sangat menyumbat pori) ini adalah berdasarkan kajian saintifik lama yang menggunakan Rabbit Ear Model. Bahan-bahan dikaji pada telinga arnab yang mungkin memberi reaksi sama atau tidak sama dengan kulit manusia. "COMEDOGENIC INGREDIENTS DON’T MAKE COMEDOGENIC PRODUCTS." Apabila bahan-bahan dalam skincare digabungkan untuk menghasilkan sesuatu produk, ia sebenarnya telah dicairkan dari kepekatan asal. Ini memberikan impak kepada comedogenicity rating keseluruhan produk tersebut. Contohnya Isopropyl isostearate.
Sebagai rujukan, face lotion biasanya mengandungi 80% water. Ini bermaksud gabungan bahan-bahan lain selain water hanya membentuk maximum 20% dari komposisi produk. “The dose makes the poison" adalah basic principles of toxicology. Sesuatu yang tidak bagus asalnya tapi dalam jumlah yang terlalu sedikit ia tidak memudaratkan. Analoginya seperti bernafas dalam air boleh melemaskan, tetapi bernafas dalam udara lembap pula tidak membahayakan (kerana sangat sedikit kandungan air). Jadi tak perlu overreact bila baca ingredients list. Thanks for reading! :) Baca artikel menarik yang lain:
Dalam bentuk cecair ia dipanggil oil, dalam bentuk pepejal pula dipanggil balm. Cara nak guna balm atau oil ni sama je. Cleansing oil terdiri daripada oil dan emulsifier. Minyak melarutkan minyak, kemudian dengan kehadiran sedikit air ia akan emulsify untuk dibersihkan dari kulit.
Jika menggunakan oil cleanser yang tidak emulsifying, boleh bilas dengan air suam untuk bantu wash off dari kulit sebelum sambung guna normal cleanser. Cleansing oil ni wajib pakai ke? Bagi saya tak wajib. Tapi kalau tiada breakout apabila pakai dan boleh nampak improvement pada kulit, lebih baik teruskan je jika mampu buat. Cleansing oil dipakai sekali sehari, sebaiknya lakukan double cleansing pada rutin malam untuk membersihkan sisa sunscreen. Tapi kalau nak pakai selang sehari atau seminggu sekali pun boleh juga, ikut rutin masing-masing. Jika pakai makeup pun boleh guna cleansing oil sebagai makeup remover. Urutan cleansing oil dengan tangan untuk larutkan makeup adalah lebih baik dan kurang iritasi berbanding menyapu muka menggunakan makeup remover wipes. Cleansing oil pilihan saya: DAUGHTERS OF MALAYA Simplified Purify Cleansing Oil - melembutkan dan mengurangkan sebaceous filaments (bintik hitam pada hidung) serta dapat emulsify dengan baik. Cleansing balm pilihan saya: Banila Co. Clean It Zero Cleansing Balm - tekstur balm yang mudah mencair dan membersihkan minyak pada muka dengan sangat berkesan. Senang dibawa travel kerana tidak tumpah. That's all from me, thanks for reading and don't forget to share :)
Baca juga artikel menarik lain:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|