Pori adalah liang halus pada muka, biasanya banyak pada kawasan hidung dan tepi hidung, dahi, serta dagu. Ia mengandungi sebaceous filament berwarna putih kekuningan dan pada hujungnya berwarna gelap yang terdiri daripada sebum dan sel kulit mati. Fungsi sebum adalah melincirkan dan memberi kelembapan pada kulit. Kadang-kadang ada yang melabel sebaceous filament (SF) ini sebagai blackhead kerana hujungnya berwarna hitam tapi sebenarnya bukan. SF adalah sesuatu yang normal dan sebahagian dari pori. Tetapi jika tidak dijaga dan selalu dibersihkan ia boleh berkumpul membentuk blackhead serta jerawat pada kulit. Sebaik-baiknya jangan picit atau sedut pori kerana tindakan ini akan merosakkan tisu kulit, luka dan jangkitan bakteria pada pori lain, serta membuatkan pori semakin membesar. Ikuti langkah berikut untuk membersihkan pori dengan lembut dan berkesan supaya ia kelihatan lebih kecil. 1. Double cleansing. Lakukan double cleansing setiap hari pada rutin paling akhir menggunakan oil cleanser disusuli dengan normal cleanser. Oil cleanser lebih berkesan untuk membersih sehingga kedalam pori. Caranya mudah, urut perlahan oil cleanser dengan tangan yang bersih dan kering ke serata muka selama 60 saat. Fokus pada kawasan yang mempunyai banyak pori seperti hidung. Letakkan sedikit air untuk bersihkan oil cleanser dari muka, ulang sehingga hampir kesemuanya tertanggal. Bilas dan cuci muka sekali lagi dengan cleanser biasa. 2. Exfoliation. Menggunakan chemical exfoliation secara teratur untuk melarutkan sebum dan sel-sel kulit mati keluar dari pori. Walaupun memakan masa untuk lihat hasilnya, gabungan AHA dan BHA mampu membersihkan pori dengan berkesan. AHA membuang sel-sel kulit mati yang terperangkap manakala BHA bertindak memecah dan melonggarkan sebum jauh kedalam pori. 3. Steam, clay mask, sheet mask. Seminggu sekali wapkan muka yang bersih atau tekap dengan tuala suam selama beberapa minit untuk longgarkan sebum dalam pori. Kemudian pakai clay mask selama 15 minit supaya dapat menyerap dan menarik keluar sebum dan kekotoran pada kulit. Bersihkan clay mask dan pakai sheet mask dengan serta merta bagi menggantikan kelembapan dalam pori. Kalau tiada sheet mask boleh pakai hydrating toner atau serum. Akhir sekali jangan lupa pakai moisturizer ya. Fokus penjagaan pori adalah pada pembersihan kotoran serta sebum dan menggantikan minyak tersebut dengan lembapan dari skincare supaya pori tidak terasa kering dan merembeskan lebih banyak minyak untuk melembapkan liang.
Semua ini harus dibuat dengan konsisten selama beberapa baru nampak hasil ketara. Apabila pori sudah mengecil pun masih kena buat sebab kitaran semulajadi kulit memang macam tu. Selagi ada liang pada kulit, sebaceous gland akan sentiasa menghasilkan sebum untuk melembapkan dan melindungi kulit. Saya banyak cuba toner, essence, serum, dan moisturizer yang khusus untuk 'pore care'. Sebenarnya produk tu semua tidak berkesan pun jika pertama-tama sekali liang pori tidak dibersihkan. Produk dengan targeted pore concerns ni sebenarnya lebih kepada membantu regulating oil production dan hanya menarik keluar sebum dan kotoran secara minimal. Tapi lama-kelamaan, kulit akan tetap dipenuhi dengan SF berceracak memenuhi segenap liang pada muka. Jadi, bersihkan pori dengan betul dan tingkatan hidrasi kulit supaya produk 'pore care' yang dipakai lebih berkesan dan tidak membazir. That's all from me! :) Artikel lain yang juga menarik:
0 Comments
Heliocare 360 Gel Oil Free adalah sejenis hybrid sunscreen, mengandungi physical UV filter dan chemical UV filter generasi baru yang photostable, memberikan perlindungan SPF50 terhadap UVB, PA++++ terhadap UVA, serta dibuktikan secara klinikal dapat melindungi kulit daripada Visible Light dan Infrared Radiation-A. Ia dirumus khusus dengan Fernblock yang bermanfaat pada kulit dari segenap segi termasuk mempertahankan sel kulit dari kerosakan sinar matahari. Sunscreen ini turut mengandungi DNA repair enzyme yang bukan hanya bertindak memperbaiki kerosakan kulit tetapi juga berkuasa untuk mencegahnya. Heliocare sunscreen adalah bebas alkohol serta mengandungi beberapa bahan antioxidant untuk melawan radikal bebas. Antara bahan utama adalah: Packaging Heliocare sunscreen adalah jenis tube dengan screw cap. Satu tube ni ada 50ml dan PAO selama 9M. Ia turut dilabel sebagai 'medical grade sunscreen' walaupun itu bukanlah istilah yang dikawal selia kerana ia dijual di klinik kulit. Kuantiti untuk dipakai pada muka adalah lebih sedikit berbanding sunscreen biasa. Memandangkan sunscreen ini photostable, jadi saya diberitahu tak perlu nak reapply setiap 2 jam seperti sunscreen lain. Cukup sekadar 2 kali sehari atau setiap 4-5 jam. Tapi jika terdedah pada cahaya matahari yang tinggi dalam tempoh yang lama tetap kena reapply dengan kerap juga. First impression saya pakai saya rasa wow betul ke pakai sikit ni je? Was-was takut tak cukup coverage. Yelah, kita bukannya on the spot boleh measure protection dari sunscreen tu 'menjadi' atau tidak. Saya suka bila muka rasa ringan je sebab dah biasa pakai sunscreen biasa dengan dos 2 jari untuk seluruh muka. Texture sunscreen ni liquid gel, macam cecair yang likat. Warnanya sedikit tinted dan bau macam bedak. Heliocare sangat cepat menyerap, jadi bila tengah pakai kena ratakan dan blend dengan segera. Finishing sunscreen ni dewy, ada sheer sikit, dan buatkan kulit nampak fresh. Dia asalnya tak melekit tapi boleh jadi melekit juga kalau:
Kadang-kadang ia turut buatkan kulit saya rasa kering dan tight kalau sebelum sunscreen tu saya sekadar pakai toner dan serum, tanpa moisturizer. Banyak songeh juga la, saya kena find the right balance untuk guna Heliocare sunscreen tanpa rasa melekit ataupun kering. Warna sunscreen ni seperti BB cream yang cerah tapi lepas dah set dia blend dengan tona kulit saya dengan baik. Kulit saya tak nampak berkecapuk dengan warna putih cream seperti tinted sunscreen yang saya pernah cuba. Basically my skin looks like my actual skin, plus the fresh dewy finishing. Tapi saya perasan warna kulit saya sedikit gelap kalau stay outdoor lama. Saya assume yang gelap tu kerana sunscreen oxidised macam foundation sebab lepas cuci muka, tona kulit saya masih seperti biasa, kulit tak sun tan pun. Tak pasti orang lain jadi macam ni ke tak. Overall saya suka pakai Heliocare 360 Gel Oil Free ni. Texture dia terasa ringan pada kulit, and with the right skincare layering sebelumnya ia buatkan kulit rasa at its best. Tiada whitecast cast dan formulasi bebas minyak, sunscreen ini disarankan untuk kulit jenis berminyak. Saya juga pernah pakai sunscreen ni underneath makeup, actually it can make a good primer too. Lagi pun saya banyak pakai brightening/lightening ingredients untuk pudarkan dark spot jadi kulit saya mungkin kekurangan melanin asal. Penggunaan Heliocare sunscreen ni dapat memastikan kulit saya mendapat perlindungan yang terbaik dan menyeluruh. Jika awak jenis sensitive to sun, pori senang tersumbat, mudah tumbuh jerawat sebab pemakaian sunscreen yang tebal, nak cepat keluar lepas pakai sunscreen, malas reapply banyak kali, then this one is worth trying. Harganya RM 100++ tetapi berbaloi sebab kuantiti yang dipakai adalah lebih sedikit, protection hours yang diberikan lebih lama, serta perlindungan bukan sekadar terhadap UVA dan UVB sahaja. Repurchase? Saya rasa not immediately sebab sebelum cuba Heliocare, saya dah jumpa sunscreen biasa yang sesuai dan buatkan saya suka pakai. Mungkin in future kalau rasa taknak pakai heavy sunscreen yang nampak whitecase saya akan beli lagi Heliocare 360 Gel Oil Free Sunscreen. That's all from me, thanks for reading! :) --
Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Artikel lain yang mungkin dapat membantu: "Eye cream adalah scam. Ia sebenarnya cuma moisturizer biasa yang diletakkan dalam packaging kecil dan dijual dengan harga terlalu mahal, atas dakwaan ia mampu memelihara kawasan mata yang sensitif" Pernah tak dengar atau baca kenyataan seumpama diatas? Rasa-rasanya betul ke eye cream ni sekadar gimik pemasaran untuk meraih keuntungan semata-mata? Kulit pada kawasan mata adalah lebih nipis, lebih kering, lebih sensitive, serta lebih mudah menampakkan garisan kedutan serta tona lebih gelap. Disebabkan itu, eye cream adalah produk yang dirumus khusus untuk merawat masalah kawasan mata. Ada banyak pendapat bercanggah berkenaan perlu atau tidak untuk seseorang menggunakan eye cream dalam rutin penjagaan kulit, jadi saya ringkaskan begini:
XX Tak perlu: 🔹 Kalau dari muda-muda dah jaga kulit, jaga tidur, jaga makan dan bersenam. Maka tak perlu pakai eye cream kalau tiada masalah pada kawasan mata. 🔹 Kawasan mata boleh tolerate (terima) skincare yang biasa pakai pada muka. Cukup sekadar extend pemakaian skincare hingga meliputi kawasan mata. Contohnya sapu toner, essence, serum, moisturizer, sunscreen hingga ke kawasan bawah mata juga. 🔹 Kawasan mata sensitive kepada kandungan eye cream. Walaupun eye cream diformulasi khusus untuk kulit kawasan mata tapi ia bukan jaminan sesuai dengan semua jenis kulit. Berhenti guna jika eye cream menyebabkan kekeringan, irritasi, menimbulkan milia seed, atau sebarang ketidakselesaan pada mata. >> Perlu: 🔹 Jika ada masalah pada kawasan mata untuk dirawat seperti kekeringan, kulit kusam, dan kedutan. Kena faham bahawa kawasan mata memang ada garisan. Kedutan ni maksudnya garis yang terlampau dalam atau panjang (crow's feet). 🔹 Kawasan mata tak dapat tolerate (terima) skincare biasa. Maksudnya toner, essence, serum, moisturizer, sunscreen yang biasa dipakai tu menyebabkan mata tak selesa atau bertindak balas dengan buruk. Jadi kenalah melabur sikit untuk cari eye cream yang sesuai. Kesimpulannya, tiada paksaan untuk memakai eye cream, yang penting kena faham bahawa kawasan mata adalah sensitive dan perlu dilindungi dengan baik. Jadi nak pakai eye cream atau tidak, itu terpulang kepada keadaan kulit dan keperluan masing-masing. That's all from me, thanks for reading! :) Baca artikel menarik:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|