Saya pun pening nak bagitau sebab I'm not good with words. But I try my best :) Chemical exfoliator seperti AHA/BHA adalah bahan aktif dalam sesuatu produk yang bertindak untuk exfoliate kulit kita dengan gentle. Kalau ingredients AHA/BHA tu ada dalam cleanser, guna cleanser itu seperti biasa. Aturan penggunaan ada pada label, selalunya langkah penggunaan lebih kurang je untuk kebanyakan cleanser. Basahkan muka, urut cleanser bersihkan serata muka, dan bilas. Sama juga kalau AHA/BHA tu ada dalam toner, essence, serum, moisturizer. Guna mengikut fungsi produk tersebut. Sebabnya cleanser, toner, serum tu semua adalah vehicle untuk deliver bahan aktif tersebut kepada kulit kita. Kekerapan penggunaan bergantung pada jenis produk, peratusan acid, serta penerimaan kulit kita. Contohnya once a day cleanser mengandungi 1.5% BHA. Kalau kita guna sekali sehari pun menyebabkan iritasi dan kekeringan kulit, cuba kurangkan penggunaan kepada selang sehari. Sama juga dengan produk toner, serum, moisturizer. Peratusan yang selamat bagi AHA seperti Glycolic Acid dan Lactic Acid adalah 10% atau kurang, manakala BHA seperti Salicylic Acid pula 2% atau kurang. Kedua-dua AHA dan BHA memerlukan PH antara 3 hingga 4 untuk bertindak dengan berkesan, tertakluk kepada formulasi produk.
Kalau baru nak mula, guna produk dalam peratusan yang rendah dan cuba pakai sekali seminggu dan perhatikan keserasian kulit terhadap produk sebelum tingkatkan peratusan acid atau kekerapan penggunaan. Sangat penting juga untuk buat patch test dan introduce one product at a time. Bukan semua pengeluar memaklumkan kandungan dan peratusan bahan aktif pada label atau nama produk. Kena rajin-rajin intai ingredients list. Kalau dari cleanser sampai moisturizer semua ada exfoliant pada top ingredients list, nanti kulit over exfoliate dan timbul masalah lain pula. Akhir kata, seperti yang saya selalu bebel dalam posting sebelum ni, untuk protect kulit dari kerosakan pakailah sunscreen pada waktu siang. Lain-lain artikel menarik:
0 Comments
Jenama Paula's Choice sudah tidak asing lagi dalam industry produk penjagaan kulit. Diasaskan oleh Paula Begoun, Paula's Choice (PC) mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam menyampaikan produk hebat kepada pelanggan yang berpuas hati di seluruh dunia. Mereka juga komited dalam memahami kulit pelanggan dan mementingkan produk berkualiti yang pasti membuatkan pengguna berpuas hati. Produk dari Paula's Choice adalah bebas pewangi, terbukti secara klinikal, dan tiada ujian keatas haiwan. Ramai pelanggan yang menggunakan 2% BHA Liquid Exfoliant sebagai exfoliator dan ada yang memanggil produk ini sebagai Holy Grail mereka kerana keberkesanannya. Maka tidak hairanlah ia menjadi Global Best Seller.
Selain dari itu, terdapat banyak lagi rangkaian produk dari Paula's Choice yang sesuai untuk merawat masalah kulit tertentu seperti pori membesar, anti-penuaan, jerawat, serta kulit sensitif. Rangkaian produk penjagaan kulit Paula's Choice kini boleh didapati secara online dalam Paula's Choice Official Store di Shopee, 100% Authentic Guarantee. Baca juga artikel berkaitan:
Kulit jenis kombinasi agak susah nak cari skincare with the right feel and finishing. Walaupun skincare tu berkesan tapi kalau muka rasa terlalu berminyak atau terlalu kering, nampak sangat berkilat, sudahnya jadi tak selesa dan malas nak pakai. Sebenarnya masalah ni bukan disebabkan formulasi produk semata-mata tapi sebab kulit kombinasi ni tak seimbang (balance). Yang paling penting kena seimbangkan condition kulit dahulu. Kawasan kulit kering kena kurangkan kekeringan dengan tingkatkan hydration, serta pakai cream atau face oil jika perlu. Kawasan kulit berminyak kena kurangkan minyak dengan tingkatkan hydration dan guna bahan yang mengawal penghasilan minyak seperti Niacinamide. Berikut adalah tips bagaimana nak menjaga kulit jenis kombinasi: 1. Hydration. Gunakan hydrating toner atau essence untuk tingkatkan hydration. Boleh buat 7-skin method, toner masking, atau mist sandwich method untuk berikan lebih hydration pada kulit. Apabila kulit well hydrated, kawasan kulit kering jadi lebih lembap dan kawasan kulit berminyak kurang mengeluarkan minyak = balanced skin. Ini yang kita nak achieve. 2. Oil based cleanser. Digalakkan untuk buat double cleansing setiap hari menggunakan oil based cleanser tak kira cleansing oil atau balm. Oil based cleanser amat membantu membersihkan kulit sehingga mendalam. Selepas itu boleh gunakan normal cleanser untuk langkah pembersihan yang kedua. Pilih oil cleanser jenis emulsifying supaya ia kurang meninggalkan kesan berminyak pada kulit. 3. BHA untuk T-Zone. Sapu beta hydroxy acid (BHA) 2-3 kali seminggu untuk exfoliate pada kawasan yang lebih berminyak dan banyak pori iaitu dahi, hidung, dan tepi hidung (T-Zone). Boleh juga kalau pakai seluruh muka jika ia tidak mengeringkan kawasan pipi dan dagu (U-Zone). Peratusan BHA yang selamat adalah 2% kebawah, dan pastikan basic skincare telah dipakai secara konsisten sebelum mula pakai BHA. 4. Clay Mask. Pakai clay mask 1-2 kali seminggu untuk menarik keluar impurities terutama pada kawasan kulit yang berminyak. Clay mask pun boleh pakai ikut kesesuaian seperti BHA, sama ada nak pakai kawasan T-Zone sahaja ataupun pakai seluruh muka. 5. Gel Moisturizer. Moisturizer jenis gel atau gel cream mempunyai tesktur yang lebih ringan kerana kandungan air dan humectant yang lebih tinggi. Ia senang meresap kedalam kulit dan turut membantu untuk menjadikan kawasan kulit kering-berminyak lebih seimbang. Ketahui moisturizer yang sesuai untuk seimbangkan lembapan kulit bagi kulit jenis kombinasi. 6. SUNSCREEN!
Ini apply to all, bukan sekadar combination oily skin sahaja. Pakailah sunscreen sebelum terlambat. Sunscreen dapat melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran UV. Boleh search keyword 'sunscreen' pada blog ini untuk baca info tentang sunscreen yang lebih terperinci. There's no 'one size fits all' solution untuk kulit kombinasi. Kena kenal kulit sendiri untuk tahu cara mana yang paling berkesan untuk seimbangkan kulit. Proses ni makan masa tapi once condition kulit dah seimbang, sebenarnya tak susah dah nak cari skincare yang selesa dipakai. I hope you find this sharing helpful. Good luck! :) Layari artikel menarik yang lain:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|