• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Picture
Kitchen Aid Free Shipping

Resipi Sotong Sumbat Bakar Dengan Sos Thai Padu

28/3/2021

0 Comments

 
Picture
Masa penyediaan: 15 minit  |  Masa memasak: 15 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang, bergantung pada saiz sotong.
Bahan-bahan sotong sumbat:
  • 3 ekor sotong besar, bersihkan dan toskan air
  • 1 biji telur gred A
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1/2 biji bawang holland, dicincang halus
  • 3 ekor udang sederhana, ambil isi sahaja dan cincang kasar
  • Sedikit garam dan serbuk lada hitam

Bahan-bahan sos thai padu:
  • 5 biji cili padi, dicincang halus
  • 3 tangkai daun ketumbar, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 ulas bawang merah, dicincang halus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 biji limau nipis, ambil jus sahaja
  • 2 sudu besar nampla (sos ikan thai)
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit garam (jika perlu)

Cara memasak sotong:
  1. Untuk inti sumbat sotong, panaskan 1 sudu minyak masak kemudian tumis bawang putih, bawang holland, dan isi udang.
  2. Masukkan telur yang dipukul dan gaul rata seperti scrambled egg. 
  3. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan inti yang dimasak kedalam sotong sehingga padat dan penuh.
  5. ​Cantumkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk lekatkan.
  6. Kelar sedikit sotong, kemudian bakar sotong tanpa minyak sehingga masak.

Cara buat sos thai padu:
  1. Campurkan sos tiram, jus limau nipis, nampla, dan gula. Kacau perlahan sehingga gula larut.
  2. Masukkan bahan cincang (cili padi, daun ketumbar, bawang putih, bawang merah) dan gaul sebati.
  3. Tambah sedikit garam untuk seimbangkan rasa.

Cara penyediaan hidangan:
Susun sotong bakar dalam pinggan, kemudian tuangkan sos thai padu keatas sotong. Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas, atau dimakan begitu sahaja.
Picture

​Tips:
  • Sotong boleh dibakar atas bara api atau dalam kuali tanpa minyak.
  • Jika tiada non-stick pan, alas baking paper dalam kuali untuk elakkan sotong melekat. Boleh dapatkan baking paper disini. 
  • Boleh gantikan cili padi dengan chilli flakes dalam sos thai untuk kurangkan tahap kepedasan.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resipi ini :)

Masakan lain yang simple dan sedap:
  • Resipi kubis masak lemak putih.
  • Resipi murtabak maggi, siap dalam 10 minit.
  • Resipi udang sos tiram dengan bawang putih.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    October 2022
    July 2022
    January 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Masakan Ayam
    Masakan Campuran
    Masakan Daging
    Masakan Ikan
    Masakan Kerang
    Masakan Maggi
    Masakan Sayur
    Masakan Sotong
    Masakan Telur
    Masakan Thai
    Masakan Udang
    Meal In A Jar
    Savory Oatmeal
    Serbuk Perasa

    HEXA Halal Seasoning
    Mahnaz Food Vegan
    Kitchen Aid
    Mama Vege Halal
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me