Boleh guna cleanser jenis oil based atau water based, foaming atau non foaming, single atau double cleansing. There is no one size fits all, no perfect formulation. Jadi kena cari sendiri your holy grail cleanser. Boleh cuba Neutrogena Deep Clean Hydrating Cleansing Oil To Foam, 2 dalam 1 makeup remover dan deep cleanser. Selain dari produk yang bagus, teknik cucian muka juga sangat penting. Menggosok muka dengan laju dan kasar sebab nak singkatkan tempoh cucian boleh mengakibatkan muka tidak cukup bersih serta kerosakan pada skin barrier. Gosok dengan perlahan-lahan tapi lama sikit (60s) supaya surfactant dalam cleanser boleh menjalankan tugasnya dengan baik tanpa mengganggu skin barrier. Cleansing ni step yang sangat penting sebab kalau cucian pun dah tak betul, ia boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat, kulit kusam, serta menghalang penyerapan skincare akibat kulit yang tak bersih.
Formulasinya mengandungi humectant, emollient, occlusive. Kulit jenis kering perlukan lebih banyak kandungan occlusive manakala kulit berminyak perlukan kandungan humectant yang lebih tinggi. Apa-apa pun semuanya bergantung kepada preference sendiri. Baca mengenai komponen moisturizer disini. Sesetengah moisturizer turut mengandungi skin treatment ingredients seperti soothing, brightening, exfoliating, scar treatment, anti-acne serta anti-aging. Find.Your.Own.Holy.Grail. Brand apa-apa pun tak kisah, asalkan it works for you dan bukan timbang kilo. Boleh cuba NUTOX Renewing Treatment Crème yang soothing dan menyerlahkan natural glow pada kulit. Kalau dapat jumpa moisturizer yang bagus dari segi texture, feel and finishing, blend well dengan sunscreen/makeup, serta mengandungi skin treatment ingredients yang berkesan pada kulit, kita sebenarnya boleh skip terus essence/serum/ampoule. Power kan?
Ada 2 jenis UV filter dalam sunscreen product iaitu physical dan chemical. Satu lagi dipanggil hybrid iaitu gabungan physical dan chemical UV filter dalam satu produk. Sunscreen texture pun ada banyak jenis seperti watery essence, gel, gel-cream, cream. Sunscreen finishing pula ada yang mempunyai whitecast, ada yang tidak. Kalau banyak berpeluh dan banyak terkena air boleh pakai sunscreen jenis water-resistant. Sunscreen kena pakai dengan generous iaitu anggaran 2 jari untuk seluruh muka serta ulang pakai (reapply) setiap 2-3 jam terutamanya jika berada di luar. Protection yang disarankan adalah broad spectrum, sekurang-kurangnya SPF30 PA++. Carilah sunscreen yang bagus iaitu yang tidak mengeringkan kulit, tidak menyebabkan kulit berminyak, sesuai dipakai pada kawasan mata, tekstur dan finishing yang disukai. Pendek kata sunscreen yang kita tak rasa keberatan malah rasa suka pakai dan suka nak reapply. Favorite saya BIORE UV Perfect Block Milk Moisture, hybrid sunscreen yang broad spectrum SPF50+ PA+++, finishing semi matte, sangat sedikit whitecast, dan perfect untuk kulit kombinasi berminyak. Untuk sunscreen 2 dalam 1 iaitu berfungsi sebagai pelindung suria dan dalam masa yang sama mengandungi pelembap, saya cadangkan Cosrx Aloe Soothing Sun Cream. Saya sudah gunakan sebanyak 5 tube! Memang best, tak perlu pakai pelembap kerana kandungan lembapan dalam sunscreen ini sudah mencukupi. Sunscreen ini sesuai untuk kulit jenis kering. Artikel menarik lain yang mungkin dapat membantu:
0 Comments
Moisturizer atau pelembap adalah langkah penting dalam basic routine selain dari cleanser dan sunscreen (waktu siang). Hari ni saya nak kongsi berkenaan komponen dalam moisturizer. Biasa kita tahu mosturizer as a whole product saja dan bergantung pada review serta suggestion untuk cari moisturizer mana baik untuk kulit masing-masing. Hopefully posting ni boleh membantu awak untuk lebih faham dalam mencari moisturizer yang sesuai. Fungsi asas moisturizer adalah untuk membantu melembapkan kulit ketika kering dan mencegahnya dari kering semula dengan menahan air di stratum corneum, lapisan paling luar kulit. Selain itu, moisturizer membantu melindungi kulit dengan menghalang lembapan dari terbebas, dan pada masa yang sama mencegah unsur luar daripada menyebabkan kekeringan atau kerengsaan pada kulit. Komponen utama bagi membentuk moisturizer yang lengkap adalah Humectant, Emollient, dan Occlusive. Humectant adalah bahan yang bertindak menarik molekul air dari udara ke permukaan kulit. Antara humectant yang selalu digunakan dalam formulasi skincare adalah Glycerin, Hyaluronic Acid, Panthenol, dan Butylene Glycol. Emollient ialah bahan yang memenuhi ruang antara sel-sel kulit bagi membentuk kulit yang lembut dan anjal tanpa menambah lembapan. Emollient yang biasa kita nampak dalam ingredients list adalah Linoleic Acid, Ceramides, Squalane, dan Cholesterol. "Many humectants also have emollient properties but not all emollient are humectant." Occlusive biasanya sejenis lipid atau oil-based yang berfungsi dengan membentuk lapisan penghalang bagi mengelakkan TEWL (trans epidermal water loss) dan mengunci kelembapan. Occlusive tidak meningkatkan kadar kelembapan kulit tetapi ia menghalang lembapan dari terbebas keluar. Contoh occlusive adalah Dimethicone, Lanolin, Petrolatum, dan Cocoa butter. "Most emollients may also be occlusive but not all occlusive are emollients." Ok nak senang ingat:
Kompenen dalam moisturizer ini berperanan membentuk moisturizer base.
Satu lagi komponen dalam moisturizer yang jarang diperkatakan ialah Reparative iaitu occlusive dan humectant yang bukan sahaja merawat kekeringan kulit tetapi turut merawat punca kekeringan kulit iaitu skin barrier yang rosak. Contoh popular adalah Ceramide. Pemilihan moisturizer based bukan saja bergantung kepada jenis kulit semata-mata tetapi juga keberkesanan sesuatu moisturizer dalam memberikan kelembapan pada kulit. Selain itu individual preference terhadap finishing, absorption rate, dan skin treatment ingredients seperti brightening, anti-aging, anti-acne juga memainkan peranan dalam pemilihan moisturizer. Video dari The Pastels Shop menerangkan secara kreatif bagaimana moisturizer bertindak melembapkan kulit kita. Haaa dah faham tentang moisturizer? Hopefully post ni dapat membantu. Carian berkenaan ingredients list dalam sesuatu produk boleh dibuat di https://www.skincarisma.com/ingredient-analyzer That's all from me, thanks for reading yea! :)
Artikel lain yang mungkin dapat membantu:
Ada yang berpendapat cream moisturizer ni heavy dan tak sesuai bagi kulit berminyak. From my personal experience, dari segi feeling yes dia rasa sedikit heavy tapi cream moisturizer tak semestinya menyebabkan pori tersumbat atau menjadikan kulit lebih berminyak. Sama juga gel atau cream-gel moisturizer. Walaupun feeling pakai tu rasa ringan je kat muka, tapi ada yang menyumbat pori akibat terlebih hydrating properties seterusnya buatkan muka lebih berminyak. Kat sini saya buat perbandingan menggunakan 3 jenis moisturizer iaitu Laf Med Secret Cream +Ceramide, Missha Near Skin Total Ceramide, dan The Raw Daily Ceramide Moisturizer. So, is this moisturizer oil test matter? To a certain extent, yes. Sedikit sebanyak ini boleh bagi gambaran dan bantu pengguna untuk pilih nak pakai yang mana. Tapi masih kena test sendiri dan paling penting ikut preference masing-masing nak pakai moisturizer jenis mana. Even condition kulit kita pun berubah-ubah dari masa ke semasa. Favorite saya antara tiga ni: Missha Near Skin Total Ceramide. Actually semua pun bagus cuma saya lebih suka Missha :) Artikel menarik yang mungkin dapat membantu: |
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|