Sebelum mula pakai sebarang produk penjagaan kulit, kita harus kenal pasti jenis kulit (skin type) dan juga tahu masalah kulit (skin concern) yang ingin atasi barulah skincare tu 'menjadi'. Jenis kulit biasanya dibahagikan kepada 5 iaitu: Normal, Dry, Oily, Combination, dan Sensitive. Jenis sensitive sebenarnya lebih kepada skin condition kerana kulit jenis oily pun boleh jadi sensitive dalam masa yang sama. Keadaan kulit sensitive kelihatan kemerahan, terasa pedih serta kerengsaan (irritated). Cara mudah untuk kenal pasti jenis kulit adalah melalui "tissue test".
Berdasarkan minyak yang lekat atau tidak lekat pada tissue / oil film dah boleh tahu jenis kulit.
Apa itu kulit jenis normal (normal skin)?
Apa itu kulit jenis kering (dry skin)?
Apa itu kulit jenis berminyak (oily skin)?
Apa itu kulit jenis kombinasi (combination skin)?
Selain dari skin type, kena tahu juga berkenaan skin concern supaya kita dapat memilih skincare yang sesuai dan berkesan. That's all from me, thanks for reading! :) Baca juga:
0 Comments
Shu Eumura dan Minyak Ajaib. Sejarah kaedah double cleansing diketahui bermula dari Asia pada abad ke-14. Wanita di Korea, Jepun, dan China memakai makeup dengan asas putih (oshiroi) sebagai simbol kecantikan pada zaman itu. Mereka menggunakan minyak berasas dari tumbuhan untuk dicampur pada bedak putih bagi membentuk foundation. Minyak yang sama turut digunakan untuk membersihkan foundation pada kulit disusuli rutin penjagaan muka yang biasa. Cleansing oil bukan hanya sebahagian dari budaya Asia, malahan Cleopatra serta orang Rom telah lama menggunakan minyak untuk membersihkan diri sebelum kewujudan sabun. Cleansing oil dalam penjagaan kulit moden dipopularkan oleh Shu Eumura, seorang makeup artist Jepun yang terkenal. Beliau berpegang pada prinsip "Beautiful makeup starts with beautiful skin". Sewaktu bekerja sebagai makeup artist di Hollywood, Shu menyedari kepentingan kulit yang bersih dan lembut sebagai base adalah amat penting kerana tekstur kulit tidak dapat dilindungi dengan makeup. Sepanjang pengalamannya disana, beliau perasan bahawa makeup yang dicuci dari kulit dengan produk disebut sebagai 'Magic Oil' terlebih dahulu didapati lebih bersih dan lembut. Hasil dari teknik ini semestinya menjadikan makeup base tampak lebih baik dan kurang cela. Kemudian, pada tahun 1967 Shu memperkenalkan cleansing oil yang dihasilkannya sendiri pada pasaran kecantikan Jepun. Produk tersebut mendapat sambutan negatif dari masyarakat yang tidak faham dan tidak mahu cuba menggunakan minyak bagi membersihkan muka. Shu tidak putus asa apabila menerima kecaman, sebaliknya beliau menjadi semakin bersemangat dalam membangunkan formulasi cleansing oil yang lebih baik. Matlamatnya hanya mahukan semua orang berkeyakinan dengan kulit yang bersih dan sihat, biarpun tanpa mengenakan sebarang makeup. Tidak lama selepas itu, manfaat cleansing oil Shu Eumura telah tersebar luas dalam industri kecantikan, fesyen, dan hiburan menjadi punca ia mendapat permintaan tinggi dan berkembang pesat. Hari ini mungkin terdapat ratusan pilihan cleansing oil dari bermacam-macam jenama dan formulasi untuk pelbagai target market. Jika Shu Eumura patah semangat dan tidak terus memperbaiki formula produk serta mendidik masyarakat tentang fungsinya yang sebenar, penggunaan 'minyak ajaib' boleh jadi terhad kepada golongan tertentu sahaja. Dan kita mungkin mempunyai sejarah serta fahaman terhadap cleansing oil berbeza dari apa yang berlaku sekarang.
Haaa sekarang dah tahukan betapa pentingnya cleansing oil ni. Ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit berminyak. Kalau rasa pakai cleansing oil buatkan kulit jadi breakout, mungkin awak belum jumpa formulasi yang sesuai dengan kulit. Keep on searching! Boleh beli trial size, request sample, atau pinjam sikit dari member (jangan lupa belanja dia) untuk cuba buat pertama kali. That's all from me. You might also like:
Pori adalah liang halus pada muka, biasanya banyak pada kawasan hidung dan tepi hidung, dahi, serta dagu. Ia mengandungi sebaceous filament berwarna putih kekuningan dan pada hujungnya berwarna gelap yang terdiri daripada sebum dan sel kulit mati. Fungsi sebum adalah melincirkan dan memberi kelembapan pada kulit. Kadang-kadang ada yang melabel sebaceous filament (SF) ini sebagai blackhead kerana hujungnya berwarna hitam tapi sebenarnya bukan. SF adalah sesuatu yang normal dan sebahagian dari pori. Tetapi jika tidak dijaga dan selalu dibersihkan ia boleh berkumpul membentuk blackhead serta jerawat pada kulit. Sebaik-baiknya jangan picit atau sedut pori kerana tindakan ini akan merosakkan tisu kulit, luka dan jangkitan bakteria pada pori lain, serta membuatkan pori semakin membesar. Ikuti langkah berikut untuk membersihkan pori dengan lembut dan berkesan supaya ia kelihatan lebih kecil. 1. Double cleansing. Lakukan double cleansing setiap hari pada rutin paling akhir menggunakan oil cleanser disusuli dengan normal cleanser. Oil cleanser lebih berkesan untuk membersih sehingga kedalam pori. Caranya mudah, urut perlahan oil cleanser dengan tangan yang bersih dan kering ke serata muka selama 60 saat. Fokus pada kawasan yang mempunyai banyak pori seperti hidung. Letakkan sedikit air untuk bersihkan oil cleanser dari muka, ulang sehingga hampir kesemuanya tertanggal. Bilas dan cuci muka sekali lagi dengan cleanser biasa. 2. Exfoliation. Menggunakan chemical exfoliation secara teratur untuk melarutkan sebum dan sel-sel kulit mati keluar dari pori. Walaupun memakan masa untuk lihat hasilnya, gabungan AHA dan BHA mampu membersihkan pori dengan berkesan. AHA membuang sel-sel kulit mati yang terperangkap manakala BHA bertindak memecah dan melonggarkan sebum jauh kedalam pori. 3. Steam, clay mask, sheet mask. Seminggu sekali wapkan muka yang bersih atau tekap dengan tuala suam selama beberapa minit untuk longgarkan sebum dalam pori. Kemudian pakai clay mask selama 15 minit supaya dapat menyerap dan menarik keluar sebum dan kekotoran pada kulit. Bersihkan clay mask dan pakai sheet mask dengan serta merta bagi menggantikan kelembapan dalam pori. Kalau tiada sheet mask boleh pakai hydrating toner atau serum. Akhir sekali jangan lupa pakai moisturizer ya. Fokus penjagaan pori adalah pada pembersihan kotoran serta sebum dan menggantikan minyak tersebut dengan lembapan dari skincare supaya pori tidak terasa kering dan merembeskan lebih banyak minyak untuk melembapkan liang.
Semua ini harus dibuat dengan konsisten selama beberapa baru nampak hasil ketara. Apabila pori sudah mengecil pun masih kena buat sebab kitaran semulajadi kulit memang macam tu. Selagi ada liang pada kulit, sebaceous gland akan sentiasa menghasilkan sebum untuk melembapkan dan melindungi kulit. Saya banyak cuba toner, essence, serum, dan moisturizer yang khusus untuk 'pore care'. Sebenarnya produk tu semua tidak berkesan pun jika pertama-tama sekali liang pori tidak dibersihkan. Produk dengan targeted pore concerns ni sebenarnya lebih kepada membantu regulating oil production dan hanya menarik keluar sebum dan kotoran secara minimal. Tapi lama-kelamaan, kulit akan tetap dipenuhi dengan SF berceracak memenuhi segenap liang pada muka. Jadi, bersihkan pori dengan betul dan tingkatan hidrasi kulit supaya produk 'pore care' yang dipakai lebih berkesan dan tidak membazir. That's all from me! :) Artikel lain yang juga menarik:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|