Serum anti-aging ini kaya dengan antioxidant dari buah delima yang befungsi untuk memulihkan (recover) dan menghidupkan (revitalize) kulit akibat dari iritasi dan stress luaran, menguatkan pertahanan lembapan kulit serta menyerlahkan keanjalan dan keserian wajah. Mengandungi Blossoming Energy™️, ramuan rahsia Mamonde hasil dari kajian selama 28 tahun bagi memastikan kulit dapat mengekalkan kelembapan dengan lebih baik. Ia didatangkan dalam botol kaca jenis pump, senang untuk tekan keluar serum. Saya lebih prefer packaging jenis pump daripada droplet. Tekstur serum ni saya rasa just nice, tidak pekat atau cair sangat. Senang diratakan dan di tekap pada kulit. Formulanya cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan melekit selepas itu. Disebabkan serum ini tak buat kulit rasa berat, saya selesa untuk guna serum ini bersama toner dan essence dalam satu rutin. Warnanya sedikit milky white dan ada very light floral scent. Tapi bila serum dah fully set, bau tersebut hilang. Dari pengalaman saya, serum ini amat membantu untuk melindungi lembapan pada kulit tanpa rasa berat, sebab itu saya suka apply serum pada rutin pagi, mid-day, dan malam. Kulit dikawasan mata adalah lebih sensitif, tapi walaupun mengandungi alcohol dan fragrance, serum ni tidak merengsakan kulit, malah ia membantu melembapkan kawasan mata saya. Kandungan utama serum ini iaitu Dimethicone bertindak sebagai emollient dan juga occlusive yang berupaya memerangkap lembapan dan memenuhi ruangan pada kedutan. Ia menampakkan kesan anti-aging seperti memudarkan parut, mengurangkan garis halus, serta meningkatkan keanjalan kulit. Semua ini menyumbang kepada kulit kelihatan berseri secara keseluruhan. Saya cuba bandingkan dengan serum anti-aging lain yang pernah saya cuba. It is hard to rank sebab all of them are definitely good, just some are slightly better than the others: Harga: 1. Nutox Advanced Serum Concentrate 30 ml - RM 67.00 2. Mamonde Red Energy Recovery Serum 30 ml - RM 130.00 3. Lancome Advanced Genefique Microbiome Serum 30 ml - RM 295.00 Texture and feel: 1. Mamonde Red Energy Recovery Serum - tidak terlalu pekat atau cair, menyerap lebik baik berbanding dua yang lain, dan tiada rasa melekit pada permukaan kulit selepas serum meresap sepenuhnya. 2. Nutox Advanced Serum Concentrate - consistency yang lebih kurang sama dengan Mamonde tetapi tekstur Nutox lebih kepada gel. Senang meresap pada kulit dan ada sedikit rasa melekit selepas itu, tetapi dapat diterima. 3. Lancome Advanced Genefique Microbiome Serum - consistency yang paling pekat antara ketiga-tiga serum. Selepas diratakan, saya panaskan tapak tangan dan tekap perlahan keseluruh muka untuk pastikan serum menyerap sepenuhnya. Ia paling kuat rasa melekit tetapi boleh ditutup dengan memakai moisturizer atau sunscreen yang mattifying. Kesan pada kulit selepas beberapa minggu: 1. Lancome Advanced Genefique Microbiome Serum - walaupun mengambil masa sikit untuk nampak improvement pada kulit, tetapi Lancome memberikan hasil terbaik yang dapat dilihat. Kalau ada $$$ lebih, saya mungkin akan beli lagi. 2. Mamonde Red Energy Recovery Serum - dalam masa beberapa hari sahaja dapat rasa kulit lebih bertenaga, nampak lembap, plump (gebu), dan radiant (berseri). Meningkatkan keanjalan kulit seara berterusan sepanjang penggunaan serum. 3. Nutox Advanced Serum Concentrate - actually yang ni sebenarnya seri dengan Mamonde Red Serum. Nutox boleh nampak skin improvement seawal beberapa hari tapi sebab dia rasa sedikit melekit lepas serum dah meresap, saya letak dia nombor 3. Secara keseluruhan, saya suka Mamonde Red Energy Recovery Serum dari segi feel, texture, dan bagaimana ia membaiki kulit saya. Recommended untuk mature skin yang kekurangan elasticity dan mempunyai garis halus. Botol dia nampak dan rasa so luxurious, cuma dia agak opaque so tak nampak sangat isi kat dalam. Susah nak tahu berapa banyak dah guna and bila nak habis. Kalau nak repurchase pula saya ikut bajet dan beli mana-mana antara 3 diatas.
That's all, thanks for reading! -- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Baca artikel menarik:
0 Comments
Ada yang berpendapat cream moisturizer ni heavy dan tak sesuai bagi kulit berminyak. From my personal experience, dari segi feeling yes dia rasa sedikit heavy tapi cream moisturizer tak semestinya menyebabkan pori tersumbat atau menjadikan kulit lebih berminyak. Sama juga gel atau cream-gel moisturizer. Walaupun feeling pakai tu rasa ringan je kat muka, tapi ada yang menyumbat pori akibat terlebih hydrating properties seterusnya buatkan muka lebih berminyak. Kat sini saya buat perbandingan menggunakan 3 jenis moisturizer iaitu Laf Med Secret Cream +Ceramide, Missha Near Skin Total Ceramide, dan The Raw Daily Ceramide Moisturizer. So, is this moisturizer oil test matter? To a certain extent, yes. Sedikit sebanyak ini boleh bagi gambaran dan bantu pengguna untuk pilih nak pakai yang mana. Tapi masih kena test sendiri dan paling penting ikut preference masing-masing nak pakai moisturizer jenis mana. Even condition kulit kita pun berubah-ubah dari masa ke semasa. Favorite saya antara tiga ni: Missha Near Skin Total Ceramide. Actually semua pun bagus cuma saya lebih suka Missha :) Artikel menarik yang mungkin dapat membantu: First of all saya tertarik dengan packaging The Raw. Daily Ceramide Moisturiser ni, ala-ala Glossier Priming Moisturizer. Masa tu produk ni tengah sale kat Zalora jadi RM 31.86, normal price RM 56.90 jadi saya beli je untuk cuba. Jom tengok ingredients list dia: -- Aqua, Glycerin, Caprylic/Capric Triglyceride, Propylene Glycol, Squalane, Simmondsia Chinensis Seed Oil, Hydrogenated Phosphatidylcholine, Butyrospermum Parkii Butter, Cholesterol, Ceramide NP, Trehalose, Sodium PCA, Urea, Glyceryl Caprylate, Polyquaternium-51, Hyaluronic Acid, Triacetin, Xanthan Gum, Carbomer, Triethanolamine, Phenoxyethanol & Ethylhexylglycerin. -- Menurut skincarisma.com, ada 3 ingredients yang baik untuk dry skin dan 1 ingredient yang tidak baik untuk oily skin. Tapi kena ingat bahawa formulasi keseluruhan produk adalah lebih penting dari sekadar membaca ingredients list. Selain dari itu, moisturizer ni adalah free from alcohol and fragrance. Star ingredients dalam moisturizer ini adalah Ceramide NP, yang mana dalam kulit kita ianya berada pada lapisan paling atas. Ceramide adalah lipid yang membentuk 50% daripada komposisi kulit yang berfungsi untuk mencegah dan membaiki kerosakan pada skin barrier. Skin barrier yang sihat = kulit yang lembap, lembut, dan anjal. Siapa taknak kan? Tekstur moisturizer ni gel-cream yang sangat senang untuk diratakan. Ia mengambil masa sedikit untuk menyerap and finishing agak lembap, sesuai untuk kulit kering. Tekstur dan finishing begini sesuai kalau nak layer dengan sunscreen atau foundation yang mattifying dan mengeringkan kulit. Dia ada sedikit medicated scent, macam bau hospital tapi tak lama lepas tu hilang. Walaupun finishing yang agak lembap pada permukaan kulit saya masih selesa pakai moisturizer ni, tiada rasa rimas atau berpeluh cuma kulit nampak agak berkilat. Kalau waktu siang masih okay sebab saya pakai matte sunscreen. Bila dah lama pakai memang boleh nampak kulit saya makin baik, improved skin barrier, serta lebih lembap secara keseluruhan. Packaging The Raw Daily Ceramide Moisturizer adalah berbentuk tube dengan flip cap supaya produk mudah dikeluarkan serta senang dibawa kemana-mana tanpa risiko tertumpah. Satu tube ni saya pakai beberapa kali sehari boleh tahan sehingga 2 bulan lebih kurang. PAO dia 6M.
Repurchase? Maybe not. Bukan sebab dia tak bagus tapi tekstur dan finishing dia lebih sesuai untuk kulit kering. Kulit saya lebih kepada berminyak. Tapi saya recommend ni kepada anyone yang dry skin. That's all from me, thank you for reading! :) -- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Baca artikel menarik:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|