Sebelum ni tak pernah dengar pun brand Missha. Saya jumpa brand ni semasa search kat Shopee. Tengok packaging tube putih pink macam cantik je, ingredients list at a glance pun macam bagus je, boleh lah cuba satu. Moisturizer ini mengandungi skin identical ingredients seperti Ceramides, Cholesterol, dan Phytosphingosine yang penting untuk membaiki dan menguatkan skin barrier. Selain itu dia juga ada banyak skin conditioning ingredients yang bagus untuk soften and plumping the skin. Warnanya putih with smooth cream texture, fragrance free, dan dewy finishing. Sangat senang nak ratakan pada kulit sebab cream ni licin and a bit filmsy. Cara pakai macam biasa, hanya sapukan ke serata muka dan massage sikit untuk moisturizer fully set. Actually dia takde la lambat sangat nak absorb, our face could use that 3-4 swipes as bonus pun. Formulasinya sesuai untuk kulit kering dan sensitive, tapi saya perlukan something agak thick untuk seal and protect actives + moisture yang saya layer dalam step sebelumnya. Walaupun agak heavy dan nampak sikit berkilat, actually muka tak berminyak dan melekit sangat seperti yang saya sangka. Lepas sejam dua tu kira normal la. Satu lagi perkara yang saya kagum, muka saya tak berpeluh masa mula-mula pakai, tak macam cream moisturizer yang lain. Awal-awal seram juga takut clogged pores ke, breakout ke, sebab ada banyak emollients dalam ni. Tapi dah lama pakai nampak serasi je dengan kulit combination oily saya. Kadang-kadang ikut kulit juga, ada hari dia cepat berminyak jadi tak boleh layer banyak toner dan serum sebelumnya. Apa pun saya memang suka apply moisturizer ni berkali-kali sehari. Seperti yang tertera pada label, MNSTCCM mengandungi Total Ceramide, iaitu gabungan bahan yang dapat menguatkan skin barrier selain turut mengandungi PHA (Maltobionic Acid) the milder version of AHA yang bermanfaat sebagai gentle exfoliator. Ia juga alcohol free dan fragrance free.
Saya consider this as a good investment for skin sebab boleh nampak kesannya yang melembapkan, maintain condition kulit saya seperti sedia ada, and like any other good moisturizer, dia turut menganjalkan kulit. Ini penting ya sebab saya sudah 30an jadi skin elasticity makin berkurang. Tak mahu kulit berkedut sebelum waktunya. Nak cuci muka dengan kerap pun rasa yakin sebab boleh supply balik moisture dan kuatkan pertahanan kulit bila reapply moisturizer ni. Harganya mid range, masa saya beli RM 37 for 50ml, sekarang tak dapat dah this price hehe. Walaupun pakai banyak kali sehari takde la cepat sangat habis sebab texture dia thick and heavy, saya apply sikit-sikit je dah rasa cukup sebab kulit saya berminyak. Orang dry skin mesti suka moisturizer yang ni. Packaging dia pun cantik, macam medical tube lepas tu ada dotted line yang boleh tulis tarikh bila kita buka. Kenapa kena tulis tarikh? Sebab period after opening moisturizer ni XX bulan, jadi boleh pakai until then je walaupun expired date lambat lagi. Yang ni expired 2023 tapi tiada simbol PAO pada kotak ataupun tube jadi saya search dan jumpa dalam ebay listing tulis 12M. Kalau tak tulis pun saya biasanya boleh habiskan kurang dari 6M. Repurchase? NAK!! Tapi macam mahal sikit sekarang. Antara LaF, Missha, dengan The Raw saya paling suka Missha ni la. Boleh beli kat trusted seller ni. That's all from me, thanks for reading! :) -- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Baca juga artikel menarik:
0 Comments
Saya beli sebab tengah cari moisturizer with Ceramide. Ada beberapa orang swears by this moisturizer so saya rasa tertarik nak cuba. Actually saya suka pakai DOM tapi nak cari yang jenis cream pula so boleh pakai DOM as toner then produk ni sebagai moisturizer. Tamak Ceramide lah katakan. Tekstur dia heavy and rich cream, ada bau citrusy but very light. Lepas apply dia agak cepat juga untuk absorb then tinggal macam lapisan filem atas kulit. Biasanya moisturizer yang banyak mengandungi emollient dan occlusive akan rasa begitu. Kulit saya jenis combination more to oily so lepas satu jam macam tu muka start berminyak sikit, which is acceptable for me. Sebab tekstur dia heavy cream, saya tak layer banyak-banyak toner untuk elakkan kulit cepat berminyak. Selepas moisturizer dah fully set, kulit nampak moist tapi tidak berkilat. Moisturizer ni alcohol free dan formulated untuk dry and sensitive skin tapi ada Lemon Peel Oil dan Bergamot Fruit Oil yang possibly irritating bagi sesetengah orang. Walaupun ada juga beberapa comedogenic ingredients yang berpotensi menyumbat pori, saya tak experience sebarang breakout sepanjang pakai LaF. Selain daripada itu, LaF Med.Secret Ceramide turut mengandungi beberapa antioxidant dan soothing ingredients yang bertindak sebagai agen anti penuaan dan penyembuh luka. Ceramide adalah ingredient yang bagus untuk membaiki skin barrier, mencegah water loss and breakout, menjaga lembapan kulit, serta bertindak sebagai agen anti penuaan. Saya banyak guna kapas untuk cuci muka (micellar water), lepas tu sentiasa cuci muka 60 saat, dengan pakai chemical exfoliation dalam percentage tinggi lagi, jadi LaF Med Secret amat membantu melembapkan kulit saya dan restore healthy skin barrier. Bagi saya ini adalah moisturizer yang bagus dari segi feel and finishing, tak rasa berat dimuka walaupun jenis cream dan kulit tak nampak berkilat. Ia memberikan kesan yang baik untuk kulit saya, serta tiada reaksi buruk bila dipakai bersama skincare yang lain. Harga asal RM 47 tapi beli masa Guardian sale boleh dapat serendah RM 28. Repurchase? Definitely! Tunggu sale nanti nak borong sebab satu tube ni sebulan lebih je boleh habis sebab suka sangat pakai. LaF Med.Secret Cream didatangkan dalam 3 variasi iaitu Aquaporin (for hydration and pore minimizing), The First (priming moisturizer for glowing skin), dan Ceramide (for dry, sensitive skin, and barrier repair). That's all from me, thanks for reading! :)
-- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Artikel menarik:
Jenama Paula's Choice sudah tidak asing lagi dalam industry produk penjagaan kulit. Diasaskan oleh Paula Begoun, Paula's Choice (PC) mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam menyampaikan produk hebat kepada pelanggan yang berpuas hati di seluruh dunia. Mereka juga komited dalam memahami kulit pelanggan dan mementingkan produk berkualiti yang pasti membuatkan pengguna berpuas hati. Produk dari Paula's Choice adalah bebas pewangi, terbukti secara klinikal, dan tiada ujian keatas haiwan. Ramai pelanggan yang menggunakan 2% BHA Liquid Exfoliant sebagai exfoliator dan ada yang memanggil produk ini sebagai Holy Grail mereka kerana keberkesanannya. Maka tidak hairanlah ia menjadi Global Best Seller.
Selain dari itu, terdapat banyak lagi rangkaian produk dari Paula's Choice yang sesuai untuk merawat masalah kulit tertentu seperti pori membesar, anti-penuaan, jerawat, serta kulit sensitif. Rangkaian produk penjagaan kulit Paula's Choice kini boleh didapati secara online dalam Paula's Choice Official Store di Shopee, 100% Authentic Guarantee. Baca juga artikel berkaitan:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|