Jenama Paula's Choice sudah tidak asing lagi dalam industry produk penjagaan kulit. Diasaskan oleh Paula Begoun, Paula's Choice (PC) mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam menyampaikan produk hebat kepada pelanggan yang berpuas hati di seluruh dunia. Mereka juga komited dalam memahami kulit pelanggan dan mementingkan produk berkualiti yang pasti membuatkan pengguna berpuas hati. Produk dari Paula's Choice adalah bebas pewangi, terbukti secara klinikal, dan tiada ujian keatas haiwan. Ramai pelanggan yang menggunakan 2% BHA Liquid Exfoliant sebagai exfoliator dan ada yang memanggil produk ini sebagai Holy Grail mereka kerana keberkesanannya. Maka tidak hairanlah ia menjadi Global Best Seller.
Selain dari itu, terdapat banyak lagi rangkaian produk dari Paula's Choice yang sesuai untuk merawat masalah kulit tertentu seperti pori membesar, anti-penuaan, jerawat, serta kulit sensitif. Rangkaian produk penjagaan kulit Paula's Choice kini boleh didapati secara online dalam Paula's Choice Official Store di Shopee, 100% Authentic Guarantee. Baca juga artikel berkaitan:
0 Comments
Saya banyak dengar review best pasal Nuvit sunscreen, hari tu masa nak beli ubat cacing nampak kedai tu ada jual trial size sunscreen jadi saya pun beli lah untuk cuba. Nuvit Daily Defender Lightweight Moisturizing Sunscreen adalah hybrid sunscreen, broad spectrum SPF50 mengandungi 1 physical UV filter dan 3 chemical UV filter. Ianya tidak mengandungi alcohol dan fragrance. Tengok ingredients list macam best je, ada banyak moisturizing dan skin identical ingredients. Kiranya saya rasa confident nak pakai sunscreen ni sahaja tanpa moisturizer. Tekstur Nuvit Daily Defender Sunscreen adalah jenis cream tapi rasa lebih ringan berbanding Althea Petal Velvet Sunaway. Finishing dia matte, memang saya suka pun, dan whitecast tak obvious. Selain dari tu, saya sangat suka sebab dia sesuai dengan area mata saya yang hypersensitive. Susah nak cari face product yang serasi dengan kawasan mata. Cuma....... saya ada problem nak apply sunscreen ni. First time pakai saya guna sunscreen ni sahaja tanpa toner atau moisturizer. Saya pakai terus 2 jari dan cuba nak blend tapi dia punya pilling sampai semua bergumpal dan tercabut, takde yang lekat kat muka. Second time saya pakai gel moisturizer bagi kulit lembap sikit lepas tu apply sunscreen sikit-sikit. Saya nak buat 2 ruas jari apply sebanyak 3 layer baru cukup suggested dosage. First layer okay, tapi second layer dia pilling lagi. Saya tak blend sampai habis and biarkan je kering bertompok kat muka. Macam pakai bedak sejuk. Saya tak sambung third layer takut dia bergumpal and tarik semua yang dah blend kat muka. Since size dia 15ml, maybe ada beberapa kali lagi saya boleh cuba untuk apply dengan sekata tanpa pilling. Setakat ni belum berjaya.
[UPDATE] : Saya dah guna Nuvit Daily Defender ni sampai habis tapi tak dapat jumpa cara untuk blend sunscreen tanpa jadi gumpalan. Alahai sayangnya, sebab formulasinya moisturizing, selesa untuk dipakai dan saya suka matte finishing. Thanks for reading, semoga review ini bermanfaat :) -- Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan user experience saya pada waktu tersebut, ia boleh jadi berubah pada masa hadapan. Produk ini mungkin memberi kesan berbeza kepada individu berlainan. Artikel lain yang mungkin dapat membantu:
Saja-saja nak cuci mata tengok skincare kat Tesco then terjumpa Tesco Kind & Pure range. Teringin nak cuba cleanser dia tapi saya dah ada 3 cleanser yang baru start guna so tak boleh lah beli any cleanser yang full size. Saya pun cuba eye makeup remover pads je dulu. TESCO Kind & Pure Fragrance Free Cleansing Eye Makeup Remover Pads claim sesuai untuk sensitive skin dan boleh remove waterproof mascara. Saya agak skeptical dengan cleanser/remover for sensitive skin sebab biasa formulanya sangat mild dan gentle. Kulit berminyak saya perlukan sesuatu yang lebih kuat untuk membersih. Tapi tak perlu buang masa berteka teki, kita test je cleansing power dia untuk remove produk yang biasa saya pakai pada kawasan mata: foundation, waterproof mascara, dan non-waterproof brow liner. First impression masa keluarkan cleansing pad ni saya rasa eeee nipisnya, boleh ke cuci semua ni, cukup ke satu pad je. Here's my opinion about cotton pad. Untuk task mencuci saya prefer cotton pad yang tebal dan lembut supaya dia dapat menyerap dan menyapu keluar semua makeup dan kotoran dengan lebih mudah, effortless. Untuk task apply skincare pula saya suka cotton pad yang nipis sebab nak produk lebih banyak transfer ke kulit dan tak terbazir diserap cotton pad. Ingredients makeup remover ni ada banyak humectant dan juga 2 soothing ingredients iaitu Panthenol (Pro-Vitamin B5) dan Chamomilla Recutita Flower Extract yang bersifat anti-inflammatory. Jadi dia boleh membersihkan makeup sambil menghidrat serta merawat iritasi yang sedia ada atau terjadi akibat sapuan cotton pad sewaktu menanggalkan makeup. -- Maklumat berikut dipetik dari sini dan mungkin berubah pada masa akan datang. Features For sensitive skin, Camomile & rosehip + pro vitamin B5, Gently removes waterproof mascara, Dermatologically tested, Suitable for vegans. Product Marketing Kind & Pure Fragrance Free Cleansing Eye Makeup Remover Pads. Ingredients Aqua, Glycereth-7 Caprylate/Caprate, Glycerin, Propylene Glycol, Panthenol, Rosa Canina Fruit Extract, Poloxamer 184, Chamomilla Recutita Flower Extract, Polysorbate 20, Butylene Glycol, Sodium Gluconate, Sodium Citrate, Citric Acid, Phenoxyethanol, Dehydroacetic Acid, Benzoic Acid, Potassium Sorbate, Sodium Benzoate. -- Boleh nampak dalam video diatas saya tak perlu pressure kulit dengan kuat untuk tanggalkan foundation, waterproof mascara, dan non-waterproof brow liner. Ia membersih dengan agak bagus, tak perlu gosok kulit kuat sangat. Satu cotton pad mungkin cukup untuk satu kawasan mata, bergantung kepada banyak mana eye makeup yang dipakai. Kalau cleansing liquid tu banyak sikit actually lagi better, sapuan pada kulit jadi lebih smooth. Tapi test dekat tangan tak sama dengan muka sebab texture kulit adalah berlainan. Tangan lebih licin, rata, dan tanpa pori manakala tekstur kulit muka ada lekuk, kedutan, dan mempunyai pori.
Baca artikel menarik:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|