• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Picture
Kitchen Aid Free Shipping

Resepi Savory Oatmeal Bersama Daging Pedas dan Timun Jagung

5/7/2022

0 Comments

 
Resepi savory oatmeal
Masa penyediaan: 5 minit  |  Masa memasak: 30 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Bahan-bahan oatmeal:
  • 1/2 cawan oat. Saya guna jenis rolled oat.
  • 3 cawan air.
  • 1 sudu besar serbuk perasa Masterfood Garlic & Herb Unsalted.
Bahan-bahan daging pedas:
  • 100g daging dipotong nipis.
  • 1 sudu kecil pes asam jawa.
  • 2 ulas bawang putih, dicincang kasar.
  • 1/2 biji bawang holland, dicincang halus.
  • 1 sudu besar udang kering.
  • 5 tangkai cili kering, diracik halus.
  • 2 sudu besar serbuk cili.
  • Sedikit minyak untuk menumis.
  • Garam secukup rasa.
Bahan-bahan timun dan jagung berempah:
  • 1/2 cawan timun, dipotong kecil dan sejukkan dalam peti sejuk.
  • 1/2 cawan jagung.
  • 1/2 batang lobak merah, dipotong kecil.
  • 1 rumpun cendawan enoki.
  • 1 biji lada jalapeno, dihiris.
  • 1 sudu besar perasa Masterfood Garlic & Herb Unsalted.
  • 1 sudu besar pure olive oil.
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara memasak bubur oat:
  1. Panaskan periuk, masukkan oat dan sangai seketika sehingga naik bau.
  2. Masukkan air dan serbuk perasa.
  3. Kacau sebati dan masak dalam api sederhana sehingga pekat.

​Cara-cara memasak daging pedas:
  1. Gaul daging bersama pes asam jawa, bawang putih, dan bawang holland. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan cili kering dan udang kering. Tumis hingga garing.
  3. Masukkan daging yang diperap, masak sehingga kering dan masukkan sedikit air.
  4. Masak hingga pecah minyak, kemudian masukkan serbuk cili.
  5. Gaul sebati dan perasakan dengan garam secukupnya.

Cara-cara memasak timun dan jagung berempah:
  1. Panaskan minyak zaitun, masukkan jagung dan tumis sehingga terkaramel.
  2. Masukkan sedikit air dan masak selama 5 minit.
  3. Masukkan cendawan enoki, lobak merah, dan lada jalapeno, masak sehingga cendawan enoki menjadi lembut.
  4. Masukkan serbuk perasa dan garam jika perlu.
  5. Padamkan api dan biarkan sejuk, kemudian masukkan timun dan gaul sebati.
Resepi savory oat dan daging pedas
Cadangan hidangan:
  1. Sendukkan bubur oat kedalam pinggan.
  2. Hidangkan bersama daging pedas, timun dan jagung berempah, serta serunding daging (optional).
  3. Sedia untuk dinikmati. 

Tips:
  1. ​Steel cut oat mengandungi nutrisi yang lebih baik berbanding rolled oat dan instant oat. 
  2. Untuk memasak oat, boleh gantikan air dengan susu segar atau campuran air dan susu segar untuk rasa bubur oat yang lebih berkrim.
  3. Setengah cawan oat (anggaran 45g) mengandungi 163 kcal kalori, 5.4g protein, 25.65g karbohidrat, serta 4.5g serat.


Resepi best yang WAJIB dicuba:
Resepi Daging Goreng Thai
Cara buat daging goreng Thai resepi asli.
Resepi Tauhu Berlauk dan Sambal Kicap
Tauhu berlauk dengan sambal kicap power.
Udang Masak Lemak Cili Api Tanpa Bawang
Resepi udang masak lemak cili api tanpa bawang.
 
<< Previous
Next >>
0 Comments
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    October 2022
    July 2022
    January 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Masakan Ayam
    Masakan Campuran
    Masakan Daging
    Masakan Ikan
    Masakan Kerang
    Masakan Maggi
    Masakan Sayur
    Masakan Sotong
    Masakan Telur
    Masakan Thai
    Masakan Udang
    Meal In A Jar
    Savory Oatmeal
    Serbuk Perasa

    HEXA Halal Seasoning
    Mahnaz Food Vegan
    Kitchen Aid
    Mama Vege Halal
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me