• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Picture
Kitchen Aid Free Shipping

rESEPI Telur Dadar Buttermilk

10/1/2022

0 Comments

 
Telur Dadar Buttermilk Senang dan Sedap
Masa penyediaan: 10 minit  |  Masa memasak: 20 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Masakan buttermilk lebih sinonim dengan ayam atau udang, tetapi resepi yang saya nak kongsikan ini menggunakan telur sebagai protein. Memang tak sangka rasanya sangat sedap, sampai anak saya repeat order nak makan telur dadar buttermilk lagi keesokan harinya.

Bahan-bahan telur dadar rangup:
  • 3 biji telur ayam
  • Secubit gula
  • 2 cawan minyak masak untuk menggoreng

Bahan-bahan sos buttermilk:
  • 2 sudu besar unsalted butter
  • 1 sudu kecil minyak masak bekas goreng telur
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 biji cili padi, dihiris
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil gula
  • 3/4 tin susu cair, saya guna F&N Susu Isian Sejat
  • 1 sudu kecil tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air ​
Telur Dadar Buttermilk Senang dan Sedap
Cara-cara memasak telur dadar rangup:
  1. Pukul telur bersama secubit gula hingga kembang.
  2. Panaskan minyak hingga berasap.
  3. Sendukkan telur yang dipukul, tuang sedikit demi sedikit dari aras yang tinggi sambil sebelah tangan lagi mengacau minyak dalam bentuk bulatan.
  4. Goreng telur hingga garing, anggaran 2 minit pada api sederhana.
  5. Terbalikkan telur dadar dan goreng bahagian sebelah lagi hingga garing juga.
  6. Angkat telur dan toskan minyak.
  7. Ulang langkah 3 hingga langkah 6 sehingga habis semua telur yang telah dipukul.
  8. Setelah sejuk, potong telur dadar rangup menggunakan gunting atau pisau bagi mendapatkan saiz yang kecil.

Cara-cara memasak sos buttermilk:
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan butter.
  2. Masukkan bawang putih diikuti daun kari. Kacau sehingga bawang putih hampir keperangan.
  3. Masukkan cili padi, garam, dan gula. Kacau seketika.
  4. Masukkan susu sejat dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga kuah buttermilk pekat.
  6. Tuangkan sos keatas telur dadar. Sedia untuk dihidangkan.

Tips:
  1. Pastikan telur dadar telah sejuk dan sos buttermilk tidak terlalu panas sewaktu dituang keatas telur.
  2. Telur dadar perlu digoreng sedikit demi sedikit dalam minyak yang banyak dan panas supaya ia kembang dan masak dengan garing pada semua bahagian.
  3. Secubit gula ditambah untuk mendapatkan tekstur telur dadar yang keras dan rangup.
  4. Tuang sos buttermilk apabila hendak makan sahaja bagi mengelakkan telur dadar menjadi soggy (menyerap lembapan, lembik, dan tidak lagi rangup).
  5. Guna cili padi merah untuk dapatkan warna hidangan yang lebih menarik.

Tak sangka betul sajian simple macam ni sangat menyelerakan. Selamat mencuba!


Resepi-resepi ini pun sangat sedap dan mudah:
  • Kailan ikan masin yang enak dimakan bersama telur dadar.
  • Resepi udang sos tiram bawang putih ini pasti menambat selera.
  • Cara-cara membuat ayam goreng nestum dengan salutan sekata tidak berketul.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Resipi Murtabak MAggi

5/5/2021

0 Comments

 
Murtabak Maggi Paling Senang
Masa penyediaan: 5 minit  |  Masa memasak: 10 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Bahan-bahan:
  • 3 paket maggi kari
  • 3 biji telur
  • 3 sudu besar daging cincang yang telah digoreng
  • 1/2 batang daun bawang, dihiris nipis
  • Sedikit minyak
  • Cili merah besar untuk hiasan

Cara-cara memasak:
  1. Didihkan air dan celur maggi selama 2 minit. Angkat dan toskan.
  2. Pukul telur bersama perencah maggi hingga sebati.
  3. Masukkan daging cincang, daun bawang, dan maggi kedalam telur. Gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dalam kuali leper yang lebar.
  5. Tuangkan campuran murtabak kedalam kuali dan masak hingga permukaan bawah garing.
  6. Balikkan murtabak dan biarkan hingga murtabak masak sepenuhnya.
  7. Angkat dan potong mengikut saiz yang sesuai. Hiaskan dengan hirisan cili merah serta daun bawang. Hidangkan bersama sos cili.

Tips:
  1. Boleh guna maggi perisa lain jika tiada maggi kari. Saya pernah buat guna maggi sup tulang, sangat sedap!
  2. Perencah maggi agak masin, jadi saya hanya gunakan 2 paket perencah untuk 3 paket maggi.
  3. Daging cincang boleh digantikan dengan ayam.

Selamat mencuba! :)

Resipi menarik yang mesti dicuba:
  • Sandwich ala roti john pasar malam - gerenti sedap!
  • Ayam goreng nestum dan tips untuk dapatkan salutan sekata.
  • Senangnya nak buat sotong sumbat bakar bersama sos Thai padu.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Resipi Tauhu Berlauk Dan Sambal Kicap Power

5/5/2021

0 Comments

 
Tauhu Berlauk dan Sambal Kicap Power
Masa penyediaan: 10 minit  |  Masa memasak: 50 minit  |  Jumlah hidangan: 7 orang
Bahan-bahan tauhu berlauk:
  • 5 keping tauhu
  • 1 tiub tauhu telur
  • 4 biji telur, 2 biji untuk dikisar dan 2 biji untuk dicelup tauhu
  • 1/2 batang lobak merah, dicincang halus
  • 2 tangkai daun sup, dicincang halus
  • 2 ulas bawang merah, dicincang halus
  • 2 tangkai cili merah besar, dicincang halus
  • 100g daging kisar
  • Garam, lada sulah, dan serbuk bawang putih secukup rasa.

Bahan-bahan sambal kicap power:
  • 20 biji cili padi hijau
  • ​1/2 cawan bawang goreng
  • Seulas bawang putih, dibakar
  • 1 cawan kicap lemak manis 
  • 2 sudu kicap lemak masin
  • ​1 sudu besar gula
​
Tauhu Berlauk dan Sambal Kicap Power
Tauhu yang telah dikukus.
Cara-cara memasak tauhu:
  1. ​Kisar tauhu, tauhu telur, 2 biji telur, dan sedikit air sehingga lumat.
  2. ​Campurkan bahan kisar dengan lobak merah, daun sup, bawang merah, cili merah, dan daging kisar.
  3. Perasakan adunan dengan garam, lada sulah, dan serbuk bawang putih.
  4. ​Masukkan adunan kedalam bekas kecil dan kukus selama 20 minit.
  5. Potong tauhu kukus jika saiznya terlalu besar.
  6. Pukul 3 biji telur. Celup tauhu kukus kedalam telur kemudian goreng sehingga keemasan.
  7. Angkat dan toskan. Tauhu berlauk dah siap.
​
Tauhu berlauk dan sambal kicap power
Celup tauhu kukus kedalam telur dan goreng hingga keemasan.
​Cara-cara membuat sambal kicap power:
  1. Kisar semua bahan-bahan sambal kicap hingga hancur.
  2. Hidangkan bersama tauhu yang telah digoreng.

Tips:
  1. Boleh gantikan lauk daging kisar kepada ayam, udang, atau filamen ketam.
  2. Gunakan auto chopper untuk kerja mencincang bahan dengan lebih mudah.
  3. Tauhu boleh dikukus dalam loyang dan potong kecil-kecil sebelum celup telur.
  4. Jika tiada pengukus, boleh masak tauhu dengan cara water bath didalam oven.

Sedap ni buat kudap-kudap depan TV. Sambal kicap tu boleh dicicah dengan pisang goreng juga. Allright, selamat mencuba! :)

Jom cuba resipi menarik ini:
  • Salmon panggang bersama sos shiitake berkrim.
  • Sambal belacan mempelam muda pasti menambat selera.
  • Sotong goreng tepung rangup dan tidak meletup sewaktu dimasak.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    October 2022
    July 2022
    January 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Masakan Ayam
    Masakan Campuran
    Masakan Daging
    Masakan Ikan
    Masakan Kerang
    Masakan Maggi
    Masakan Sayur
    Masakan Sotong
    Masakan Telur
    Masakan Thai
    Masakan Udang
    Meal In A Jar
    Savory Oatmeal
    Serbuk Perasa

    HEXA Halal Seasoning
    Mahnaz Food Vegan
    Kitchen Aid
    Mama Vege Halal
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me