• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Picture

Resipi Ayam Goreng Kunyit Ala Mat Rock

20/5/2021

0 Comments

 
Ayam Goreng Kunyit Mat Rock
Masa penyediaan: 15 minit  |  Masa memasak: 20 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Bahan-bahan ayam goreng kunyit:
  • 300g isi ayam, dipotong dadu
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu kecil garam
  • Gula secukup rasa
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 batang lobak merah, dipotong nipis memanjang
  • 1 mangkuk kecil kacang buncis, dipotong kecil
  • 1/2 biji bawang holland, dipotong memanjang
  • Minyak untuk menggoreng.
​
Bahan-bahan sambal:
  • 20 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • Sedikit belacan
  • ​3 sudu besar jus limau kasturi
  • Garam dan gula secukup rasa
Resepi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock
Cara-cara memasak ayam goreng kunyit:
  1. Gaul isi ayam dengan air, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, garam dan gula.
  2. Masukkan tepung jagung dan gaul sebati. Tambah sedikit air jika bancuhan terlalu pekat.
  3. ​Panaskan minyak dan goreng isi ayam. Pastikan isi ayam tidak melekat jadi ketulan besar.
  4. Angkat isi ayam setelah masak dan garing.
  5. Dalam minyak yang sama, masukkan lobak merah, bawang holland, dan kacang buncis. Goreng sekejap sahaja dan terus angkat.
  6. Gaul sayuran bersama isi ayam goreng.

Cara-cara membuat sambal nasi ayam kunyit:
  1. Kisar semua bahan-bahan sambal sehingga hancur.

Tips:
  1. Isi ayam boleh digantikan dengan daging, udang, ataupun sotong.
  2. Hidangkan ayam goreng kunyit bersama nasi panas, kicap dan sambal.

Hari-hari makan macam ni pun saya takpe sebab sedap sangat. Okay, selamat mencuba! :)


Jom cuba resepi ni pula:
  • Cara buat chili oil yang paling sedap.
  • Resepi kerang rebus air asam kecur liur!
  • ​Murtabak megi menggunakan 5 bahan sahaja.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Resipi Tauhu Berlauk Dan Sambal Kicap Power

5/5/2021

0 Comments

 
Tauhu Berlauk dan Sambal Kicap Power
Masa penyediaan: 10 minit  |  Masa memasak: 50 minit  |  Jumlah hidangan: 7 orang
Bahan-bahan tauhu berlauk:
  • 5 keping tauhu
  • 1 tiub tauhu telur
  • 4 biji telur, 2 biji untuk dikisar dan 2 biji untuk dicelup tauhu
  • 1/2 batang lobak merah, dicincang halus
  • 2 tangkai daun sup, dicincang halus
  • 2 ulas bawang merah, dicincang halus
  • 2 tangkai cili merah besar, dicincang halus
  • 100g daging kisar
  • Garam, lada sulah, dan serbuk bawang putih secukup rasa.

Bahan-bahan sambal kicap power:
  • 20 biji cili padi hijau
  • ​1/2 cawan bawang goreng
  • Seulas bawang putih, dibakar
  • 1 cawan kicap lemak manis 
  • 2 sudu kicap lemak masin
  • ​1 sudu besar gula
​
Tauhu Berlauk dan Sambal Kicap Power
Tauhu yang telah dikukus.
Cara-cara memasak tauhu:
  1. ​Kisar tauhu, tauhu telur, 2 biji telur, dan sedikit air sehingga lumat.
  2. ​Campurkan bahan kisar dengan lobak merah, daun sup, bawang merah, cili merah, dan daging kisar.
  3. Perasakan adunan dengan garam, lada sulah, dan serbuk bawang putih.
  4. ​Masukkan adunan kedalam bekas kecil dan kukus selama 20 minit.
  5. Potong tauhu kukus jika saiznya terlalu besar.
  6. Pukul 3 biji telur. Celup tauhu kukus kedalam telur kemudian goreng sehingga keemasan.
  7. Angkat dan toskan. Tauhu berlauk dah siap.
​
Tauhu berlauk dan sambal kicap power
Celup tauhu kukus kedalam telur dan goreng hingga keemasan.
​Cara-cara membuat sambal kicap power:
  1. Kisar semua bahan-bahan sambal kicap hingga hancur.
  2. Hidangkan bersama tauhu yang telah digoreng.

Tips:
  1. Boleh gantikan lauk daging kisar kepada ayam, udang, atau filamen ketam.
  2. Gunakan auto chopper untuk kerja mencincang bahan dengan lebih mudah.
  3. Tauhu boleh dikukus dalam loyang dan potong kecil-kecil sebelum celup telur.
  4. Jika tiada pengukus, boleh masak tauhu dengan cara water bath didalam oven.

Sedap ni buat kudap-kudap depan TV. Sambal kicap tu boleh dicicah dengan pisang goreng juga. Allright, selamat mencuba! :)

Jom cuba resipi menarik ini:
  • Salmon panggang bersama sos shiitake berkrim.
  • Sambal belacan mempelam muda pasti menambat selera.
  • Sotong goreng tepung rangup dan tidak meletup sewaktu dimasak.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Resipi Maggi Goreng Seafood

5/5/2021

0 Comments

 
Maggi Goreng Seafood Yang Sedap Dan Mudah
Masa penyediaan: 10 minit  |  Masa memasak: 10 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Bahan-bahan:
  • 3 bungkus maggi kari
  • 2 ekor sotong saiz sederhana, dibersihkan dan dipotong kecil
  • 10 ekor udang, dibersihkan dan dibuang usus
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Hirisan bawang holland, tomato ceri, dan dried chives sebagai hiasan

Cara-cara memasak:
  1. Didihkan air dalam periuk, celur maggi selama 2 minit. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih hingga perang.
  3. Masukkan perencah maggi, kacau cepat-cepat dan terus masukkan 1/4 cawan air.
  4. Tumis perencah hingga pecah minyak, kemudian masukkan sotong dan udang.
  5. Kacau hingga sotong dan udang hampir masak, kemudian masukkan meggi. Gaul sebati.
  6. Hiaskan dengan hirisan bawang holland, tomato ceri, dan dried chives. Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.

Tips:
  1. Maggi dicelur terlebih dahulu supaya lembut dan lilin/minyak yang menyaluti maggi dapat dibuang.
  2. Sewaktu menumis perencah kering, pastikan air sudah tersedia. Perencah kering sangat mudah hangit jadi kacau selama beberapa saat sahaja untuk menaikkan aroma rempah.
  3. Perencah maggi sangat masin bagi saya, jadi untuk 3 paket maggi saya hanya guna 2 paket perencah sahaja.
  4. Boleh tambah sawi atau kubis kedalam maggi goreng untuk lebih seimbang.

​Simple tapi sedap. Selamat mencuba! :)

Resipi menarik yang mesti dicuba:
  • Jeruk mangga asam boi tanpa cuka.
  • Sotong sumbat bakar bersama sos Thai padu.
  • Sandwich ala roti john pasar malam - boleh buat dirumah sahaja.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    January 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Masakan Ayam
    Masakan Campuran
    Masakan Daging
    Masakan Ikan
    Masakan Kerang
    Masakan Maggi
    Masakan Sayur
    Masakan Sotong
    Masakan Telur
    Masakan Thai
    Masakan Udang
    Meal In A Jar
    Savory Oatmeal
    Serbuk Perasa

Kasut Plus Size Murah
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me