• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Picture
Kitchen Aid Free Shipping

Resepi Ayam Panggang Dengan Sos Perang

10/1/2022

0 Comments

 
Resepi Ayam Panggang Sos Perang
Masa penyediaan: 10 minit  |  Masa memasak: 20 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Bahan-bahan ayam panggang:
  • 3 ketul ayam, saya guna bahagian chicken chop
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil kicap manis​
  • 3 sudu kecil tepung jagung
  • ​Sedikit minyak untuk memanggang

Bahan-bahan sos perang:
  • 1 sudu besar butter
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1/4 biji bawang holland, dicincang halus
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 cawan stok ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
Resepi Ayam Panggang Dengan Sos Perang
Cara-cara memasak ayam panggang:
  1. ​Gaul ayam bersama semua bahan kecuali minyak.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, panggang ayam sehingga masak sempurna.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Lebihan minyak dan jus ayam didalam kuali digunakan untuk membuat sos perang.

Cara-cara memasak sos perang:
  1. Panaskan kuali yang sama, masukkan butter diikuti bawang putih dan bawang holland.
  2. Tumis seketika sehingga bawang layu.
  3. Masukkan tepung gandum dan sentiasa kacau sehingga warnanya keperangan.
  4. Masukkan stok ayam dan masak sehingga mendidih dan sos menjadi pekat.
  5. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa.

Tips:
  1. Stok ayam boleh digantikan dengan 1 kiub pati ayam yang dilarutkan dalam 2 cawan air.
  2. Ayam panggang dengan sos perang enak dimakan bersama nasi putih dan sayuran segar.
  3. Hidangan ini sesuai untuk kanak-kanak atau mereka yang tidak gemar rasa pedas.

​Selamat mencuba! :)


Jangan lupa cuba lebih banyak resepi menarik disini:
  • ​Sedapnya maggi goreng seafood buat makan malam.
  • Resepi daging goreng Thai paling sedap saya pernah cuba.
  • Cara-cara membuat tauhu berlauk dengan sambal kicap power.
<< Previous
Next >>
0 Comments

Resipi Ayam Goreng Kunyit Ala Mat Rock

20/5/2021

0 Comments

 
Ayam Goreng Kunyit Mat Rock
Masa penyediaan: 15 minit  |  Masa memasak: 20 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Bahan-bahan ayam goreng kunyit:
  • 300g isi ayam, dipotong dadu
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu kecil garam
  • Gula secukup rasa
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 batang lobak merah, dipotong nipis memanjang
  • 1 mangkuk kecil kacang buncis, dipotong kecil
  • 1/2 biji bawang holland, dipotong memanjang
  • Minyak untuk menggoreng.
​
Bahan-bahan sambal:
  • 20 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • Sedikit belacan
  • ​3 sudu besar jus limau kasturi
  • Garam dan gula secukup rasa
Resepi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock
Cara-cara memasak ayam goreng kunyit:
  1. Gaul isi ayam dengan air, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, garam dan gula.
  2. Masukkan tepung jagung dan gaul sebati. Tambah sedikit air jika bancuhan terlalu pekat.
  3. ​Panaskan minyak dan goreng isi ayam. Pastikan isi ayam tidak melekat jadi ketulan besar.
  4. Angkat isi ayam setelah masak dan garing.
  5. Dalam minyak yang sama, masukkan lobak merah, bawang holland, dan kacang buncis. Goreng sekejap sahaja dan terus angkat.
  6. Gaul sayuran bersama isi ayam goreng.

Cara-cara membuat sambal nasi ayam kunyit:
  1. Kisar semua bahan-bahan sambal sehingga hancur.

Tips:
  1. Isi ayam boleh digantikan dengan daging, udang, ataupun sotong.
  2. Hidangkan ayam goreng kunyit bersama nasi panas, kicap dan sambal.

Hari-hari makan macam ni pun saya takpe sebab sedap sangat. Okay, selamat mencuba! :)


Jom cuba resepi ni pula:
  • Cara buat chili oil yang paling sedap.
  • Resepi kerang rebus air asam kecur liur!
  • ​Murtabak megi menggunakan 5 bahan sahaja.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

RESIPI AYAM GORENG NESTUM

3/5/2021

0 Comments

 
Ayam Goreng Nestum Paling Sedap
Masa penyediaan: 15 minit  |  Masa memasak: 20 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Bahan-bahan ayam goreng:
  • 350g ayam, dipotong sederhana
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan salutan nestum:
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3 biji cili padi
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan nestum original
  • Garam dan gula secukup rasa​
Ayam Goreng Nestum Paling Sedap
Cara-cara memasak:
  1. Gaul semua bahan-bahan ayam goreng (kecuali minyak) hingga sebati.
  2. Panaskan minyak dan goreng hingga ayam masak dan garing.
  3. Angkat, toskan, dan letak ketepi.
  4. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak masak dan butter kemudian tumis bawang putih, cili padi, serta daun kari.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa lepas tu masukkan ayam goreng kedalam kuali.
  6. Gunakan api yang kecil dan gaul semuanya hingga rata baru masukkan nestum.
  7. Gaul sebati hingga nestum menyaluti semua bahagian ayam.
  8. ​Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.
Resipi Ayam Goreng Nestum Paling Sedap
Tips:
  1. Boleh guna mana-mana bahagian ayam dan potong saiz yang sesuai. Saya guna bahagian kepak dan potong 3 (pada setiap sendi).
  2. Selain ayam, saya pernah masak macam-macam lauk lagi dengan salutan nestum. Caranya sama cuma tukar ayam kepada fillet ikan, udang, sotong, daging, atau telur dadar.
  3. Gaul ayam dengan bahan-bahan tumisan terlebih dahulu sebelum masukkan nestum untuk elakkan nestum jadi berketul dan salutan tidak rata.

​Senang dan dijamin sedap tau. Selamat mencuba!

Resipi masakan yang mesti dicuba:
  • Colek buah Kelantan Thai yang confirm sedap.
  • Udang goreng berempah yang garing dan rangup.
  • Salmon panggang bersama sos cendawan berkrim.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    October 2022
    July 2022
    January 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Masakan Ayam
    Masakan Campuran
    Masakan Daging
    Masakan Ikan
    Masakan Kerang
    Masakan Maggi
    Masakan Sayur
    Masakan Sotong
    Masakan Telur
    Masakan Thai
    Masakan Udang
    Meal In A Jar
    Savory Oatmeal
    Serbuk Perasa

    HEXA Halal Seasoning
    Mahnaz Food Vegan
    Kitchen Aid
    Mama Vege Halal
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me