• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Picture
Kitchen Aid Free Shipping

Resipi Sandwich ala Roti John Pasar Malam

22/4/2021

0 Comments

 
Sandwich Roti John Pasar Malam
Masa penyediaan: 2 minit  |  Masa memasak: 10 minit  |  Jumlah hidangan: 4 orang
Sebenarnya saya nak habiskan roti tapi boring lah asyik buat sandwich sardin, roti telur, atau puding roti je. Memandangkan ada stock daging kisar yang sudah digoreng saya terfikir nak buat sandwich tapi intinya ala-ala roti john. Jadi saya panggil menu ni SandJohn.
​Okay tak kelakar.
Cara membuat daging kisar goreng yang mudah dan pelbagai guna.
Bahan-bahan:
  • 8 keping roti sandwich
  • 4 biji telur
  • 8 sudu besar daging kisar yang telah digoreng
  • 2 sudu kecil serbuk kari daging
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Semangkuk kubis, diracik halus
  • 30g butter
  • Sos cili dan mayonis
Sandwich Roti John Pasar Malam
Cara-cara memasak:
  1. Sapu butter pada sebelah permukaan roti dan bakar diatas kuali. Angkat roti dan ketepikan. 
  2. Pukul telur bersama serbuk kari, garam, dan daging kisar goreng untuk buat inti sandwich. 
  3. Cairkan sedikit butter dalam kuali panas, kemudian tuang 1 senduk campuran inti sandwich.
  4. Tekap roti diatas inti dalam kuali dan bakar sehingga inti masak. 
  5. Angkat dari kuali dan tabur kubis pada roti. 
  6. Letakkan dengan sos cili dan mayonis kemudian tutup dengan roti.
  7. Dah siap! Sedia untuk dinikmati.
Roti John Sandwich Pasar Malam
Tips:
  1. Guna daging kisar yang siap digoreng untuk dipukul bersama telur bagi mengelakkan daging masih mentah setelah telur masak.
  2. Hanya perlu tambah sedikit garam kerana daging kisar sudah mempunyai perasa.
  3. ​Boleh gantikan kubis dengan sayur lain jika tiada.
  4. Satu keping sandwich roti john ini sudah cukup untuk kenyangkan perut.

Allright... selamat mencuba! :)


Resipi menarik yang mesti dicuba:
  • Resipi murtabak maggi yang paling sedap.
  • Mudahnya nak buat kubis masak lemak putih kesukaan anak-anak.
  • Pelbagaikan menu masakan dengan resipi udang sos tiram bawang putih.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Resipi Udang Goreng Berempah Super Garing

21/4/2021

0 Comments

 
Udang Goreng Berempah Garing Dan Mudah
Masa penyediaan: 10 minit  |  Masa memasak: 10 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Bahan-bahan:
  • 300g udang sederhana, buang cangkerang kepala dan usus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Secubit lada hitam dan lada sulah
  • 2 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menggoreng
Udang Goreng Berempah Garing Dan Sedap
Cara-cara memasak:
  1. Gaulkan semua bahan-bahan kecuali minyak dan perap seketika.
  2. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga garing dalam api yang tinggi.
  3. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Udang goreng berempah garing
Tips:
  1. Guna serbuk kari ikan untuk rasa yang lebih sedap.
  2. Angkat atau balikkan udang sebaik sahaja kelihatan garing kerana isi udang cepat masak.
  3. Boleh dimakan begitu sahaja atau cicah dengan sos thai.

​Selamat mencuba! :)

Jom cuba resipi masakan ini:
  • Sotong goreng tepung rangup dan tidak meletup.
  • Makanan sampingan ready made yang menambah selera.
  • Resipi guacamole yang mudah serta tips memilih avocado dengan betul.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Resipi Daging Kisar Goreng Mudah Dan Pelbagai Guna

20/4/2021

0 Comments

 
Daging Kisar Goreng Ramly
Masa penyediaan: 10 minit  |  Masa memasak: 15 minit  |  Jumlah hidangan: 5 orang
Bahan-bahan:
  • 400g daging lembu kisar Ramly
  • 1 biji bawang holland, dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 sudu kecil mixed herbs
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih sehinnga keperangan.
  2. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga garing.
  3. Masukkan garam, lada hitam, dan mixed herbs. Kemudian gaul sehingga perasa sebati dengan daging goreng.
  4. Dah siap dan sedia untuk dinikmati.

Tips:
  1. Daging kisar goreng boleh dibuat stok untuk mudahkan kerja memasak. Sejukkan pada suhu bilik, kemudian simpan didalam bekas kedap udara didalam peti sejuk untuk tahan sehingga 3 minggu.
  2. Boleh digunakan untuk memasak sos bolognese, ini roti john, inti samosa/karipap, inti murtabak, atau dibuat sandwich. Boleh cuba resipi Sandwich Roti John yang sedap ni.

Selamat mencuba! :)

Resipi menarik untuk dikongsikan bersama:
  • Mudahnya nak buat sambal belacan mempelam muda.
  • Resipi garlic shrimp chili oil seperti restoran masakan cina.
  • Begini cara membuat sotong sumbat bakar dengan sos Thai padu.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
<<Previous
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    October 2022
    July 2022
    January 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Masakan Ayam
    Masakan Campuran
    Masakan Daging
    Masakan Ikan
    Masakan Kerang
    Masakan Maggi
    Masakan Sayur
    Masakan Sotong
    Masakan Telur
    Masakan Thai
    Masakan Udang
    Meal In A Jar
    Savory Oatmeal
    Serbuk Perasa

    HEXA Halal Seasoning
    Mahnaz Food Vegan
    Kitchen Aid
    Mama Vege Halal
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me