Pori adalah liang halus pada muka, biasanya banyak pada kawasan hidung dan tepi hidung, dahi, serta dagu. Ia mengandungi sebaceous filament berwarna putih kekuningan dan pada hujungnya berwarna gelap yang terdiri daripada sebum dan sel kulit mati. Fungsi sebum adalah melincirkan dan memberi kelembapan pada kulit. Kadang-kadang ada yang melabel sebaceous filament (SF) ini sebagai blackhead kerana hujungnya berwarna hitam tapi sebenarnya bukan. SF adalah sesuatu yang normal dan sebahagian dari pori. Tetapi jika tidak dijaga dan selalu dibersihkan ia boleh berkumpul membentuk blackhead serta jerawat pada kulit. Sebaik-baiknya jangan picit atau sedut pori kerana tindakan ini akan merosakkan tisu kulit, luka dan jangkitan bakteria pada pori lain, serta membuatkan pori semakin membesar. Ikuti langkah berikut untuk membersihkan pori dengan lembut dan berkesan supaya ia kelihatan lebih kecil. 1. Double cleansing. Lakukan double cleansing setiap hari pada rutin paling akhir menggunakan oil cleanser disusuli dengan normal cleanser. Oil cleanser lebih berkesan untuk membersih sehingga kedalam pori. Caranya mudah, urut perlahan oil cleanser dengan tangan yang bersih dan kering ke serata muka selama 60 saat. Fokus pada kawasan yang mempunyai banyak pori seperti hidung. Letakkan sedikit air untuk bersihkan oil cleanser dari muka, ulang sehingga hampir kesemuanya tertanggal. Bilas dan cuci muka sekali lagi dengan cleanser biasa. 2. Exfoliation. Menggunakan chemical exfoliation secara teratur untuk melarutkan sebum dan sel-sel kulit mati keluar dari pori. Walaupun memakan masa untuk lihat hasilnya, gabungan AHA dan BHA mampu membersihkan pori dengan berkesan. AHA membuang sel-sel kulit mati yang terperangkap manakala BHA bertindak memecah dan melonggarkan sebum jauh kedalam pori. 3. Steam, clay mask, sheet mask. Seminggu sekali wapkan muka yang bersih atau tekap dengan tuala suam selama beberapa minit untuk longgarkan sebum dalam pori. Kemudian pakai clay mask selama 15 minit supaya dapat menyerap dan menarik keluar sebum dan kekotoran pada kulit. Bersihkan clay mask dan pakai sheet mask dengan serta merta bagi menggantikan kelembapan dalam pori. Kalau tiada sheet mask boleh pakai hydrating toner atau serum. Akhir sekali jangan lupa pakai moisturizer ya. Fokus penjagaan pori adalah pada pembersihan kotoran serta sebum dan menggantikan minyak tersebut dengan lembapan dari skincare supaya pori tidak terasa kering dan merembeskan lebih banyak minyak untuk melembapkan liang.
Semua ini harus dibuat dengan konsisten selama beberapa baru nampak hasil ketara. Apabila pori sudah mengecil pun masih kena buat sebab kitaran semulajadi kulit memang macam tu. Selagi ada liang pada kulit, sebaceous gland akan sentiasa menghasilkan sebum untuk melembapkan dan melindungi kulit. Saya banyak cuba toner, essence, serum, dan moisturizer yang khusus untuk 'pore care'. Sebenarnya produk tu semua tidak berkesan pun jika pertama-tama sekali liang pori tidak dibersihkan. Produk dengan targeted pore concerns ni sebenarnya lebih kepada membantu regulating oil production dan hanya menarik keluar sebum dan kotoran secara minimal. Tapi lama-kelamaan, kulit akan tetap dipenuhi dengan SF berceracak memenuhi segenap liang pada muka. Jadi, bersihkan pori dengan betul dan tingkatan hidrasi kulit supaya produk 'pore care' yang dipakai lebih berkesan dan tidak membazir. That's all from me! :) Artikel lain yang juga menarik:
0 Comments
"Eye cream adalah scam. Ia sebenarnya cuma moisturizer biasa yang diletakkan dalam packaging kecil dan dijual dengan harga terlalu mahal, atas dakwaan ia mampu memelihara kawasan mata yang sensitif" Pernah tak dengar atau baca kenyataan seumpama diatas? Rasa-rasanya betul ke eye cream ni sekadar gimik pemasaran untuk meraih keuntungan semata-mata? Kulit pada kawasan mata adalah lebih nipis, lebih kering, lebih sensitive, serta lebih mudah menampakkan garisan kedutan serta tona lebih gelap. Disebabkan itu, eye cream adalah produk yang dirumus khusus untuk merawat masalah kawasan mata. Ada banyak pendapat bercanggah berkenaan perlu atau tidak untuk seseorang menggunakan eye cream dalam rutin penjagaan kulit, jadi saya ringkaskan begini:
XX Tak perlu: 🔹 Kalau dari muda-muda dah jaga kulit, jaga tidur, jaga makan dan bersenam. Maka tak perlu pakai eye cream kalau tiada masalah pada kawasan mata. 🔹 Kawasan mata boleh tolerate (terima) skincare yang biasa pakai pada muka. Cukup sekadar extend pemakaian skincare hingga meliputi kawasan mata. Contohnya sapu toner, essence, serum, moisturizer, sunscreen hingga ke kawasan bawah mata juga. 🔹 Kawasan mata sensitive kepada kandungan eye cream. Walaupun eye cream diformulasi khusus untuk kulit kawasan mata tapi ia bukan jaminan sesuai dengan semua jenis kulit. Berhenti guna jika eye cream menyebabkan kekeringan, irritasi, menimbulkan milia seed, atau sebarang ketidakselesaan pada mata. >> Perlu: 🔹 Jika ada masalah pada kawasan mata untuk dirawat seperti kekeringan, kulit kusam, dan kedutan. Kena faham bahawa kawasan mata memang ada garisan. Kedutan ni maksudnya garis yang terlampau dalam atau panjang (crow's feet). 🔹 Kawasan mata tak dapat tolerate (terima) skincare biasa. Maksudnya toner, essence, serum, moisturizer, sunscreen yang biasa dipakai tu menyebabkan mata tak selesa atau bertindak balas dengan buruk. Jadi kenalah melabur sikit untuk cari eye cream yang sesuai. Kesimpulannya, tiada paksaan untuk memakai eye cream, yang penting kena faham bahawa kawasan mata adalah sensitive dan perlu dilindungi dengan baik. Jadi nak pakai eye cream atau tidak, itu terpulang kepada keadaan kulit dan keperluan masing-masing. That's all from me, thanks for reading! :) Baca artikel menarik:
Ceramide merupakan salah satu kandungan lapisan kulit yang berfungsi memelihara skin barrier supaya sentiasa sihat dan lembap. Namun lama kelamaan kandungan ceramide semulajadi pada kulit makin berkurangan disebabkan faktor usia dan kerosakan akibat sinar UV. Kekurangan ceramide boleh melemahkan skin barrier, seterusnya mencetuskan masalah kulit seperti kekeringan, kemerahan, serta tanda penuaan. Cara untuk menjaga dan menguatkan skin barrier adalah dengan menggantikan ceramide semulajadi yang semakin berkurangan. Pemakaian produk yang mengandungi Ceramide bersama skin replenishing ingredients yang lain seperti cholesterol, fatty acids, dan glycerin dapat membantu memelihara skin barrier dengan baik. Kulit yang sihat dan lembap akan kelihatan lebih licin, anjal, serta garis kedutan menjadi semakin pudar. Tekstur moisturizer yang mengandungi ceramide biasanya sangat emollient/pekat/waxlike, jadi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak mungkin tak gemar sangat sebab ia buatkan kulit rasa berat dan ada kala jadi lebih berminyak. Sebenarnya ceramide bukan terkandung dalam moisturizer sahaja. Ada juga produk penjagaan kulit lain yang turut mengandungi ceramide sebagai bahan utama untuk menguatkan skin barrier: 1. Cerave Hydrating Facial Cleanser Cleanses, hydrates, & helps restore the protective skin barrier with 3 essential ceramides & hyaluronic acid. 2. Mamonde Ceramide Skin Softener An ultra moisturizing skin softener that strengthens the weakened skin moisture barrier and provides impeccable moisturizing effects. 3. Nature's Palette CeraMica Skin Balancing Essence Provides brightening, soothing, hydrating, and firm-enhancing benefits to help the skin achieve a younger-looking appearance, suitable for all skin types. 4. KraveBeauty Great Barrier Relief Skin barrier repairing serum that helps “glue” together tears in the barrier to keep the good stuff in and the bad stuff out. 5. Elizabeth Arden Hyaluronic Acid Ceramide Capsules Hydra-Plumping Serum Powered by Double-Lock Hydration, 98% see visibly plumper skin with a more youthful bounce. Moisture magnet hyaluronic acid and skin-strengthening ceramides work together to visibly plump, firm and hydrate skin. 6. Illiyoon Ceramide Ato Soothing Gel Deep and soothing moisture calms the sensitive skin comfortably and mildly while providing instant and long-lasting hydration to the skin. Suitable for all skin types especially sensitive skin. 7. Dr.Jart+ Ceramidin Facial Barrier Mask Moisture-barrier strengthening facial sheet mask with an intensive moisturizing and deep hydration.
Artikel menarik:
|
AuthorMY | 33 | SAHM Archives
February 2022
Categories
All
|