• Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me
HOME  |  SKINCARE  |  FOOD  | RAMBLINGS
Picture
Kitchen Aid Free Shipping

Green Powder: Serbuk Perasa Homemade

13/1/2022

0 Comments

 
Serbuk perasa homemade tanpa MSG dan garam
Serbuk perasa dan herba kering memang wajib ada dalam dapur saya. Ada kala saya beli dikedai, ada juga yang saya buat sendiri. Antara perasa dan herba kegemaran saya ialah Hexa Mixed Herbs, MasterFoods Garlic & Herbs (unsalted), dan juga Love Earth Organic Mushroom Seasoning.

Serbuk perasa sebenarnya pelbagai guna. Ianya boleh tingkatkan rasa makanan dengan menggunakan hanya sedikit garam ataupun tanpa garam langsung. Sesuai bagi mereka yang perlu mengurangkan pengambilan garam dalam makanan harian. Your food doesn't have to be bland without salt or sugar, cuma kena jadi kreatif bila memasak.

Serbuk hijau ini adalah gabungan bawang putih kering, halia kering, dan daun ketumbar yang turut dikeringkan. Baunya seperti kepedasan yang segar (fresh minty-peppery), dan ada sedikit wangi daun ketumbar. Serbuk ini boleh menggantikan MSG kerana mempunyai rasa umami kekacangan (nutty-umami flavor). 

Saya gunakan serbuk hijau dalam masakan kacau goreng, masakan berkuah, sebagai perapan ayam dan daging, serta salad dressing. Bila guna serbuk hijau, kuantiti garam yang saya gunakan sangat kurang dari kebiasannya kerana perasa semulajadi ini mampu meningkatkan deria bau dan deria rasa, selain dari fungsinya yang menyedapkan makanan.

Cara-cara nak buat serbuk hijau ni senang sahaja. Cuma perlu 3 bahan.

Bahan-bahan:
  • 1 labu bawang putih, dicincang halus
  • 2 inchi halia, dihiris nipis
  • 5 tangkai daun ketumbar, dicincang halus
Serbuk perasa homemade tanpa MSG dan garam
Cara-cara membuatnya:
  1. Ratakan bahan-bahan keatas dulang.
  2. Keringkan dalam oven pada suhu rendah dalam tempoh yang lama (lebih kurang 2-3 jam) sehingga ianya rangup.
  3. Sejukkan pada suhu bilik dan kisar campuran bahan-bahan sampai jadi serbuk.
  4. Serbuk perasa siap dan sedia untuk digunakan.

Tips:
  1. Boleh juga keringkan bahan-bahan menggunakan food dehydrator, air fryer, atau non-stick pan.
  2. Alas dulang dengan baking paper untuk elakkan bahan-bahan melekat.
  3. Tempoh pengeringan bergantung kepada saiz potongan bahan-bahan, serta suhu  yang ditetapkan.


Jom cuba resepi best ni:
  • Murtabak megi yang sedap untuk jamuan petang.
  • Mudahnya nak sediakan kubis masak lemak putih.
  • Cara yang betul buat sotong celup tepung tanpa meletup.
  • Sandwich ala roti john pasar malam menggunakan roti Gardenia.
  • Ikuti langkah-langkah ini untuk buat ayam goreng kunyit Mat Rock.​ ​
​
<< Previous
Next >>
0 Comments

Resepi Ayam Panggang Dengan Sos Perang

10/1/2022

0 Comments

 
Resepi Ayam Panggang Sos Perang
Masa penyediaan: 10 minit  |  Masa memasak: 20 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Bahan-bahan ayam panggang:
  • 3 ketul ayam, saya guna bahagian chicken chop
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil kicap manis​
  • 3 sudu kecil tepung jagung
  • ​Sedikit minyak untuk memanggang

Bahan-bahan sos perang:
  • 1 sudu besar butter
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1/4 biji bawang holland, dicincang halus
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 cawan stok ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
Resepi Ayam Panggang Dengan Sos Perang
Cara-cara memasak ayam panggang:
  1. ​Gaul ayam bersama semua bahan kecuali minyak.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, panggang ayam sehingga masak sempurna.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Lebihan minyak dan jus ayam didalam kuali digunakan untuk membuat sos perang.

Cara-cara memasak sos perang:
  1. Panaskan kuali yang sama, masukkan butter diikuti bawang putih dan bawang holland.
  2. Tumis seketika sehingga bawang layu.
  3. Masukkan tepung gandum dan sentiasa kacau sehingga warnanya keperangan.
  4. Masukkan stok ayam dan masak sehingga mendidih dan sos menjadi pekat.
  5. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa.

Tips:
  1. Stok ayam boleh digantikan dengan 1 kiub pati ayam yang dilarutkan dalam 2 cawan air.
  2. Ayam panggang dengan sos perang enak dimakan bersama nasi putih dan sayuran segar.
  3. Hidangan ini sesuai untuk kanak-kanak atau mereka yang tidak gemar rasa pedas.

​Selamat mencuba! :)


Jangan lupa cuba lebih banyak resepi menarik disini:
  • ​Sedapnya maggi goreng seafood buat makan malam.
  • Resepi daging goreng Thai paling sedap saya pernah cuba.
  • Cara-cara membuat tauhu berlauk dengan sambal kicap power.
<< Previous
Next >>
0 Comments

rESEPI Telur Dadar Buttermilk

10/1/2022

0 Comments

 
Telur Dadar Buttermilk Senang dan Sedap
Masa penyediaan: 10 minit  |  Masa memasak: 20 minit  |  Jumlah hidangan: 3 orang
Masakan buttermilk lebih sinonim dengan ayam atau udang, tetapi resepi yang saya nak kongsikan ini menggunakan telur sebagai protein. Memang tak sangka rasanya sangat sedap, sampai anak saya repeat order nak makan telur dadar buttermilk lagi keesokan harinya.

Bahan-bahan telur dadar rangup:
  • 3 biji telur ayam
  • Secubit gula
  • 2 cawan minyak masak untuk menggoreng

Bahan-bahan sos buttermilk:
  • 2 sudu besar unsalted butter
  • 1 sudu kecil minyak masak bekas goreng telur
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 biji cili padi, dihiris
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil gula
  • 3/4 tin susu cair, saya guna F&N Susu Isian Sejat
  • 1 sudu kecil tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air ​
Telur Dadar Buttermilk Senang dan Sedap
Cara-cara memasak telur dadar rangup:
  1. Pukul telur bersama secubit gula hingga kembang.
  2. Panaskan minyak hingga berasap.
  3. Sendukkan telur yang dipukul, tuang sedikit demi sedikit dari aras yang tinggi sambil sebelah tangan lagi mengacau minyak dalam bentuk bulatan.
  4. Goreng telur hingga garing, anggaran 2 minit pada api sederhana.
  5. Terbalikkan telur dadar dan goreng bahagian sebelah lagi hingga garing juga.
  6. Angkat telur dan toskan minyak.
  7. Ulang langkah 3 hingga langkah 6 sehingga habis semua telur yang telah dipukul.
  8. Setelah sejuk, potong telur dadar rangup menggunakan gunting atau pisau bagi mendapatkan saiz yang kecil.

Cara-cara memasak sos buttermilk:
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan butter.
  2. Masukkan bawang putih diikuti daun kari. Kacau sehingga bawang putih hampir keperangan.
  3. Masukkan cili padi, garam, dan gula. Kacau seketika.
  4. Masukkan susu sejat dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga kuah buttermilk pekat.
  6. Tuangkan sos keatas telur dadar. Sedia untuk dihidangkan.

Tips:
  1. Pastikan telur dadar telah sejuk dan sos buttermilk tidak terlalu panas sewaktu dituang keatas telur.
  2. Telur dadar perlu digoreng sedikit demi sedikit dalam minyak yang banyak dan panas supaya ia kembang dan masak dengan garing pada semua bahagian.
  3. Secubit gula ditambah untuk mendapatkan tekstur telur dadar yang keras dan rangup.
  4. Tuang sos buttermilk apabila hendak makan sahaja bagi mengelakkan telur dadar menjadi soggy (menyerap lembapan, lembik, dan tidak lagi rangup).
  5. Guna cili padi merah untuk dapatkan warna hidangan yang lebih menarik.

Tak sangka betul sajian simple macam ni sangat menyelerakan. Selamat mencuba!


Resepi-resepi ini pun sangat sedap dan mudah:
  • Kailan ikan masin yang enak dimakan bersama telur dadar.
  • Resepi udang sos tiram bawang putih ini pasti menambat selera.
  • Cara-cara membuat ayam goreng nestum dengan salutan sekata tidak berketul.
​
<< Previous
Next >>
0 Comments
<<Previous
Forward>>
    adawiyahrusli - Skincare, Food, Lifestyle Blog

    Author

    MY | 33 | SAHM

    ​Hello! I'm Ada :)

    ​I blog about skincare, food, movies, and random interesting stuff.
    ​
    Contact me at
    andgetthismanashield@gmail.com

    Archives

    October 2022
    July 2022
    January 2022
    October 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021

    Categories

    All
    Masakan Ayam
    Masakan Campuran
    Masakan Daging
    Masakan Ikan
    Masakan Kerang
    Masakan Maggi
    Masakan Sayur
    Masakan Sotong
    Masakan Telur
    Masakan Thai
    Masakan Udang
    Meal In A Jar
    Savory Oatmeal
    Serbuk Perasa

    HEXA Halal Seasoning
    Mahnaz Food Vegan
    Kitchen Aid
    Mama Vege Halal
Puma Women Shoes
handbag christy ng
© 2022 ADAWIYAHRUSLI. ALL RIGHTS RESERVED
  • Home
  • Skincare
  • Food
  • Ramblings
  • About Me